Utusan Borneo (Sarawak)

Mahu album bersama Isley Brothers ubah dunia

- Oleh Shaun Tandon

BERGABUNG dengan The Isley Brothers untuk sebuah album baharu, Carlos Santana bukan hanya menyatukan dua legenda muzik sahaja. Dia percaya bunyinya dapat mengubah dunia.

Gitaris rock yang menjadi perintis itu menaruh harapan yang tinggi bagi ‘Power of Peace’, satu koleksi lagu cover yang direkodkan bersama The Isley Brothers, yang menyediaka­n pentas bagi muzik pop pada tahun 1950-an dan 1960-an dengan lagu-lagu seperti ‘Shout’ dan ‘Twist and Shout’.

“Kami rasa kami perlu bersatu seperti adiwira dan datang serta menyelamat­kan masa dan tempat ini di planet ini yang amat memerlukan ubat untuk memulihkan diri,” kata gitaris yang memakai topi fedora itu ketika dia mendedahka­n album berkenaan di Jimi Hendrix’s Electric Lady Studios di Greenwich Village, New York.

Digambarka­n sebagai “muzik ubat” oleh Santana, album itu, yang dikeluarka­n Jumaat lepas, menggabung­kan suara ‘soul’ Ron Isley yang halus dengan rangkaian lagu gitar Santana yang berlainan, kaya nada dan puitis.

Lagu-lagu paling terkenal yang dinyanyika­n semula dalam album itu termasuk lagu Stevie Wonder ‘Higher Ground’, di mana Santana berlagu rock dengan solo bervoltan tinggi, dan lagu alam sekitar Marvin Gaye ‘Mercy Mercy Me (The Ecology)’, yang disulami beberapa rentak Latin yang sinonim dengan Santana.

Isley, 76 tahun, mempamerka­n tekstur suara yang masih merdu dengan julat tinggi dalam lagu Leon Thomas ‘Let the Rain Fall on Me’ dan ketika dia menyalurka­n Billie Holiday dalam ‘God Bless the Child’.

Santana, yang baru- baru ini berusia 70 tahun, sudah lama bercakap mengenai kerohanian yang ditemui dalam muzik – dan malah percaya dengan lebih bersemanga­t lagi dengan kuasanya dalam iklim politik pada 2017.

“Saya menggalakk­an orang untuk memainkann­ya di tempat letak kereta, pusat beli belah, CNN – di manamana sahaja,” kata Santana mengenai album itu, “supaya kita dapat memperbetu­lkan minda yang berbelit dan jahat yang mahu memudaratk­an orang lain.”

Untuk menjelaska­n yang dia bercakap mengenai Presiden Donald Trump, Santana berkata: “Ada orang bodoh yang cuba mewujudkan lebih banyak tembok.

“Kita kata, anda tidak perlu berbuat demikian. Simpan wang anda. Ia sudah ada dalam kepala orang,” katanya.

“Jadi kita mahu mengeluark­an tembok dari kepala orang dengan mewujudkan frekuensi seperti ini.” - Seperti sebuah ‘gereja galaktik’ -

‘Power of Peace’ direkodkan dalam masa lebih empat hari di Las Vegas apabila Santana mempelawa Ron Isley dan adiknya Ernie Isley, seorang gitaris.

Santana berkata The Isley Brothers telah membantu untuk memberi inspirasi kepadanya untuk menceburi muzik selepas dia pertama kali mendengar mereka.

“Ia berbunyi seperti sebuah gereja galaktik yang melompat keluar dari peti lagu dan memberitah­u saya, ‘kami memerlukan anda untuk menyertai kami dalam mewujudkan muzik ubat’,” katanya.

Dia berjumpa dengan Ron Isley selepas penyanyi itu menghadiri salah satu pertunjuka­n Santana, dan memulakan persahabat­an yang menurut Isley melibatkan perbualan telefon setiap hari.

“Ia adalah satu pengalaman yang tidak dapat dijelaskan bagi saya selepas 60 tahun melakukan muzik ini,” kata Ron Isley. “Ia amat menyeronok­kan.”

Turut membuat rakaman dalam album itu adalah isteri Santana, Cindy Blackman Santana, seorang pemain dram jazz yang paling dikenali kerana kerjanya bersama Lenny Kravitz.

Dia mengimbau bahawa versi Ron Isley dalam lagu ‘The Look of Love’ merupakan lagu pasangan itu untuk tarian pertama di majlis perkahwina­n mereka.

Sebagai pemain dram, dia berkata The Isley Brothers dan Carlos Santana mempunyai “satu aliran” bersama, tanpa “rehat dalam tenaga atau malah dalam bunyi”. Santana berharap kerjasama itu akan berterusan. Dia berkata dia mahu menjelajah Afrika, dan menggambar­kan pengaruh muziknya sebagai “99.9 peratus pengaruh Afrika”.

“Kami mahu mengelilin­gi dunia untuk terus menumbang lebih banyak tembok di dalam kepala, di dalam otak dan minda.”

— AFP

 ?? — Gambar AFP ??
— Gambar AFP
 ??  ??
 ??  ?? UNTUK ALBUM: Carlos Santana (kanan) bersama (dari kiri) Ernie Isley, Ronald Isley, Alan Light dan isterinya Cindy Blackman Santana semasa mempromosi­kan album ‘Power of Peace’ di Electric Lady Studio di New York City baru-baru ini.
UNTUK ALBUM: Carlos Santana (kanan) bersama (dari kiri) Ernie Isley, Ronald Isley, Alan Light dan isterinya Cindy Blackman Santana semasa mempromosi­kan album ‘Power of Peace’ di Electric Lady Studio di New York City baru-baru ini.
 ??  ?? CARLOS SANTANA
CARLOS SANTANA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia