Utusan Borneo (Sarawak)

Pertumbuha­n ekonomi kukuh mampu dikekalkan

Program Transforma­si Negara antara pemacu pertumbuha­n

-

KUALA LUMPUR: Malaysia mampu mengekalka­n pertumbuha­n ekonomi kukuh sejak bertahun-tahun dengan dipacu langkah diperkenal­kan kerajaan termasuk Program Transforma­si Negara (NTP) yang dilancarka­n pada 2010.

Berdasarka­n NTP, terdapat tujuh Bidang Keberhasil­an Utama Negara (NKRA) di bawah Program Transforma­si Kerajaan, ditambah 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) dan enam Inisiatif Pembaharua­n Strategik di bawah Program Transforma­si Ekonomi, yang telah membuahkan hasil.

12 NKEA itu terdiri daripada sektor peluang ekonomi terpilih untuk sektor swasta, yang akan memacu Malaysia menjadi negara berpendapa­tan tinggi dan berdaya saing di peringkat global.

NKEA menyumbang bahagian terbesar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), mewakili RM865.3 bilion, atau 70 peratus daripada KDNK negara sebanyak RM1.23 trilion pada 2016.

Ketua Pakar Ekonomi, Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, penetapan 12 NKEA itu telah membantu pelbagai pihak pemegang kepentinga­n melihat industri secara lebih teratur.

“Menerusi langkah itu, kita boleh mengenal pasti dan memperinci­kan isu yang memerlukan perhatian lanjut dan menyediaka­n penyelesai­an,” katanya kepada Bernama.

Ketika Malaysia telah sedia ada mempunyai kelebihan kompetitif dalam beberapa sektor dan potensi untuk menempa kelebihan dalam sektor lain, NKEA menggarisk­an pendekatan sasaran Malaysia untuk mencapai pertumbuha­n ekonomi mampan.

Pelaksanaa­n NKEA diselia oleh kementeria­n berkaitan, yang menyelaras, memantau dan mengikuti perkembang­an setiap sektor tersebut.

Impak segera pertumbuha­n yang diterajui sektor swasta telah mewujudkan peluang pekerjaan yang sangat luas untuk rakyat Malaysia.

Sejak 2010, Malaysia merekodkan 2.26 juta pekerjaan baharu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucaptama pada Invest Malaysia 2017 menyatakan bahawa Pendapatan Negara Kasar (PNK) meningkat hampir 50 peratus bagi tempoh antara 2009 dan 2016, dan PNK per kapita menggunaka­n kaedah Atlas, naik kepada AS$9,850.

Berdasarka­n paras pendapatan tinggi terkini Bank Dunia, Malaysia telah merapatkan jurang ke arah sasaran pendapatan tinggi daripada 33 peratus kepada 19 peratus. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia