Utusan Borneo (Sarawak)

AirAsia rai jubli emas ASEAN dengan tawaran tambang rendah

-

KUALA LUMPUR: Pelan induk pembanguna­n selatan Perak bagi tempoh 20 tahun, Wilayah Pembanguna­n Selatan 2017-2037, akan memacu pertumbuha­n ekonomi negeri sehingga mencatat nilai pembanguna­n keseluruha­n antara RM20 bilion dan RM30 bilion.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, pelan tersebut akan melibatkan projek- projek pembanguna­n di daerah Muallim – sebuah daerah baharu di selatan Perak – dan Bagan Datuk.

“Berdasarka­n pelan itu, kita boleh merancang pembanguna­n yang lebih baik dan bersifat lebih kohesif. Kita mahu memajukan dan mengindust­rikan Perak.

“Dari segi impaknya, pembanguna­n (yang dirancang di bawah pelan induk itu) akan merancakka­n ekonomi Perak ( sehingga mencatat nilai pembanguna­n) sebanyak RM20 bilion hingga RM30 bilion secara keseluruha­n,” katanya kepada Bernama dalam satu temu bual di sini, baru-baru ini.

Zambry berkata, perancanga­n yang dirangka berdasarka­n pelan induk itu adalah bersifat inklusif di samping menumpukan kawasan berpotensi yang kurang mendapat perhatian dari segi pembanguna­n sebelum ini seperti daerah Bagan Datuk.

Beliau berkata, antara rancangan pembanguna­n utama ialah memajukan sektor automotif di daerah Mualim, menaik taraf pelabuhan Lumut, dan membina lapangan terbang baharu berhampira­n Ipoh.

Selain itu, pelan induk tersebut juga penting dalam memacu perkembang­an industri lain seperti pertanian, pendidikan dan perkapalan, katanya.

“Kami mahukan pembanguna­n yang mampan selari dengan slogan negeri Perak ‘ Tiada Tertinggal, Tiada Terpinggir’,” katanya. — Bernama KUALA LUMPUR: AirAsia meraikan ulang tahun ASEAN kali ke-50 dengan menawarkan tambang rendah untuk ke semua destinasi di seluruh rangkaian serantauny­a.

Promosi itu ialah sempena Hari ASEAN hari ini, yang memperinga­ti penubuhan Persatuan Negara- Negara Asia Tenggara (ASEAN) pada 8 Ogos, 1967.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, selama 50 tahun, ASEAN memberi inspirasi kepada seluruh pendudukny­a dengan mesej perpaduan.

“Sebagai warga ASEAN, kami mahu menghargai­nya dan berharap tambang rendah ini turut memberi dorongan kepada penduduk ASEAN untuk meneroka lagi rantau ini,” katanya dalam kenyataan semalam.

Teroka bahagian ASEAN atau destinasi berhampira­n seperti dari Kuala Lumpur ke Langkawi, Johor Bahru, Pulau Pinang, Medan, Kalibo, Sihanoukvi­lle, Phnom Penh dan banyak lagi daripada RM50.

Tempahan boleh dibuat melalui laman web di airasia. com atau aplikasi mudah alih AirAsia mulai 7 hingga 13 Ogos, 2017 untuk penerbanga­n antara 7 Ogos, 2017 dan 8 Feb, 2018 ke mana-mana destinasi di Ma- laysia, Thailand, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei, Kemboja, Myanmar, Laos dan Vietnam.

AirAsia berkata, ia berbangga menjadi syarikat penerbanga­n ASEAN – satusatuny­a syarikat penerbanga­n yang menyediaka­n penerbanga­n terus ke semua negara ASEAN dan beroperasi di Malaysia, Thailand, Indonesia dan Filipina.

AirAsia turut menawarkan Pas AirAsia ASEAN yang membolehka­n penumpang menikmati penerbanga­n dalam rantau itu pada kadar tetap dengan tempoh sah penerbanga­n sehingga 60 hari. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia