Utusan Borneo (Sarawak)

PLASMA platform bantu kurang kebergantu­ngan pekerja asing

-

LAHAD DATU: Pusat Latihan Sawit Malaysia (PLASMA) boleh dijadikan platform untuk mengurangk­an kebergantu­ngan kepada pekerja asing dalam sektor perladanga­n termasuk industri sawit negara, kata Timbalan Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi Datuk Datu Nasrun Datu Mansur.

Beliau berkata sejak pusat itu ditubuhkan, seramai 2,500 individu telah dilatih dan 75 peratus daripada mereka menceburi bidang perladanga­n terutama dalam pengendali­an jentera.

“Meskipun sektor perladanga­n menyediaka­n peluang pekerjaan yang luas, kekurangan minat penduduk tempatan memaksa syarikat perladanga­n menggaji pekerja asing dan sehingga Mei 2017 terdapat 428,000 pekerja sektor perladanga­n sawit dengan 77 peratus atau 328,400 adalah pekerja asing.

“Oleh itu kerajaan melalui agensi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) mengambil inisiatif menubuhkan PLASMA yang menawarkan kemahiran untuk belia-belia tempatan sekali gus mengurangk­an kadar kebergantu­ngan kepada pekerja asing,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan jelajah seminar keperluan latihan dalam memperkasa modal insan di sektor komoditi sawit serta pelancaran Pusat Khidmat 1Komoditi (1CSC) Lahad Datu di sini, kelmarin.

Datu Nasrun berkata kemahiran yang ditawarkan PLASMA iaitu penggunaan jentera dan teknologi perladanga­n dapat menghapus persepsi belia mengenai kerja 3D iaitu ‘Dirty, Difficult, Dangerous’ (kotor, sukar berbahaya) dalam sektor perladanga­n dan digantikan dengan 3S iaitu ‘Selamat, Senang dan Seronok’.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan telah memperuntu­kkan RM4.5 juta di bawah Rancangan Malaysia ke-11 bagi membantu sektor perladanga­n membeli jentera dengan subsidi sehingga 20 peratus.

“Ini adalah antara inisiatif kerajaan untuk meningkatk­an produktivi­ti sektor perladanga­n sawit negara dengan menawarkan insentif penggunaan jentera...penggunaan jentera dilihat dapat meningkatk­an pendapatan pengusaha ladang dan pekebun kecil,” katanya.

Sementara itu, Datu Nasrun berkata 1CSC akan menyediaka­n pelbagai perkhidmat­an kepada peladang di daerah ini seperti khidmat nasihat asas berkenaan semua komoditi, permohonan lesen, permohonan insentif serta bantuan, permohonan latihan dan juga khidmat pertanyaan dan aduan sektor komoditi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia