Utusan Borneo (Sarawak)

Perdaganga­n dua hala M’sia-Afrika naik 3 hingga 4%

-

KUALA LUMPUR: Perdaganga­n dua hala antara Malaysia dan Afrika dijangka melonjak kira-kira tiga hingga empat peratus dalam tahun ini berikutan pengaruh dan kehadiran Malaysia yang semakin meningkat di rantau itu.

Setiausaha Rendah Kementeria­n Luar bagi Afrika, Datuk Abdul Aziz Harun berkata, pelaburan Malaysia di Afrika sedang mengembang, manakala hubungan penderma- penerima yang agak tradisiona­l sedang berubah kepada perkongsia­n yang lebih matang.

Bagaimanap­un, perdaganga­n dua hala Malaysia-Afrika susut sebanyak 13.6 peratus kepada AS$6.014 bilion ( AS$ 1 = RM4.277) pada 2016 daripada AS$6.81 bilion pada 2015, sementara eksport Malaysia ke Afrika menurun sebanyak 7.2 peratus kepada AS$ 18.97 bilion pada 2016 berbanding AS$4.66 bilion pada tahun 2015.

“Penurunan itu terkait dengan keadaan iklim se- masa ekonomi global,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri Seminar Peluang Pelaburan dan Perniagaan untuk Asia ke Afrika di sini semalam.

Bagi mengimbang­i keadaan, Abdul Aziz mencadangk­an lebih banyak pertukaran lawatan oleh pegawai sektor awam dan swasta dari kedua-dua negara bagi menggalakk­an pemahaman yang lebih baik dan perkongsia­n pengalaman.

“Kerjasama dua hala berupaya menjaga kepentinga­n kami bersama dalam menghadapi pelbagai ragam pasaran komoditi antarabang­sa,” katanya.

Katanya, eksport utama Malaysia ke Afrika terdiri daripada produk elektronik, jentera, minyak sawit dan produk petroleum ditapis, manakala eksport Afrika ke Malaysia merangkumi produk pertanian seperti koko, galian, buah-buahan serta getah asli.

Memetik laporan McKinsey Global Institute, yang merupakan cabang perniagaan dan ekonomi McKinsey & Company, Abdul Aziz berkata, walaupun wujud ketidaksta­bilan politik di bahagian-bahagian tertentu di Afrika Utara, secara keseluruha­n, ekonomi benua Afrika sedang bergerak ke hadapan.

Menurut institut itu, berdasarka­n kepada trajektori semasa, pertumbuha­n perbelanja­an pengguna dan perniagaan di Afrika boleh meningkat kepada AS$5.6 trilion menjelang tahun 2025.

Oleh yang demikian, ia masih merupakan benua yang sedang berkembang, dengan peluang-peluang yang menarik untuk para pelabur.

Abdul Aziz berkata, benua Afrika menunjukka­n kemajuan ekonomi yang memberangs­angkan sejak dekad ini, mencapai purata sebenar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 3.7 peratus pada 2016 berbanding 3.6 peratus dalam 2015 dan terus menokok kepada 4.5 peratus pada tahun ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia