Utusan Borneo (Sarawak)

Kadar jangka pendek dijangka kekal kukuh

-

KUALA LUMPUR: Kadar jangka pendek dijangka kekal kukuh minggu ini dengan Bank Negara Malaysia diunjur menawarkan tender untuk menyerap lebihan dana daripada sistem.

Bagi minggu yang baharu berakhir, kadar semalaman disebut harga pada 2.96 peratus, manakala kadar satu minggu, dua minggu dan tiga minggu, masing- masing pada 3.02 peratus, 3.06 peratus dan 3.11 peratus.

Bank pusat campur tangan setiap hari bagi menyerap lebihan mudah tunai dengan mengendali­kan tender lelongan matang, tender lelongan matang Islam, tender Qard, program Murabahah Komoditi, tender repo berbalik serta tender pasaran wang konvension­al.

Ia juga mengemukak­an tender pasaran wang Qard dan tender pasaran wang konvension­al.

Lebihan mudah tunai dalam sistem konvension­al bagi minggu yang baharu berakhir pada RM27.73 bilion, hampir tidak berubah daripada minggu sebelumnya pada RM27.62 bilion, manakala dalam sistem Islam, ia meningkat kepada RM10.21 bilion daripada RM9.20 bilion.

Penanda aras kadar antara bank tiga bulan pada 3.43 peratus. — Bernama KUALA LUMPUR: Pasaran Timah Kuala Lumpur (PTKL) dijangka menyaksika­n dagangan dalam jajaran kecil minggu ini dengan harga antara AS$20,400 dan AS$20,900 setan metrik, kata seorang peniaga.

Beliau berkata momentum menaik berkenaan mungkin kekal dengan permintaan berterusan setelah terdapat kebimbanga­n terhadap penawaran.

“Oleh kerana penggunaan timah global dilaporkan masih melebihi pengeluara­n, kekurangan penawaran akan berterusan untuk beberapa waktu dan harga akan terus kukuh.

““Pada asasnya, harga timah tetap kukuh setelah permintaan untuk logam berkenaan kekal teguh. Harga logam dijangka kekal di atas paras semasa disebabkan oleh asas kukuh dan pemulihan harga minyak akan mendorong lebih banyak pembida untuk logam tersebut,” katanya kepada Bernama.

Seorang lagi peniaga berkata harga logam di Bursa Logam London (LME) bukan lagi rujukan utama setelah pasaran tempatan kadangkala­nya didagangka­n secara bebas.

“Pembeli biasa di PTKL adalah dari pengeluar timah terbesar dunia, China, serta pengguna terbesar komoditi itu seperti AS, Jepun, Korea Selatan, India dan UK serta kadangkala­nya dari Pakistan dan Bangladesh. Mereka menguasai dagangan harian berbanding peniaga tempatan,” katanya.

Bagi minggu yang baharu berakhir, pasaran diniagakan dalam jajaran AS$ 20,500 hingga AS$ 20,850 setan metrik.

Ia mengakhiri minggu pada AS$ 20,650 setan metrik, susut AS$ 100 berbanding AS$20,750 setan metrik pada Jumaat sebelumnya.

Harga LME turun AS$5 kepada AS$20,650 setan metrik daripada AS$ 20,655 setan metrik sebelumnya.

Jumlah dagangan mingguan di PTKL meningkat kepada 228 tan metrik daripada 206 tan metrik pada minggu sebelumnya.

Harga PTKL dan LME menjadi sama, daripada premium AS$95 setan metrik sebelumnya. — Bernama KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka menyaksika­n dagangan dalam jajaran kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu ini memandangk­an unit tempatan stabil berbanding mata wang negara maju itu, kata peniaga.

Ketua Penyelidik­an InterPacif­ic Securities, Pong Teng Siew berkata, ringgit dijangka diniagakan sekitar 4.28 berbanding dolar AS memandangk­an langkah diambil Bank Negara Malaysia untuk menstabilk­an ringgit berbanding dolar AS terus mengurangk­an ketidakten­tuan antara dua mata wang tersebut.

Beliau berkata, walaupun langkah itu dapat melindungi ringgit berbanding dolar AS, namun ia tidak melindungi ringgit berbanding mata wang lain kerana unit tempatan terikat dengan aliran dolar AS yang dibandingk­an dengan mata wang lain.

“Jika dolar AS lemah berbanding mata wang lain, ringgit juga turut susut berbanding mata wang lain,” katanya kepada Bernama.

Berdasarka­n Jumaat ke Jumaat, ringgit diniagakan rendah pada 4.2770/2800 berbanding dolar AS daripada 4.2760/2790 minggu lepas.

Nota tempatan juga diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.

Ringgitsus­utberbandi­ngdolar Singapura kepada 3.1534/1570 daripada 3.1471/1514 minggu sebelumnya, dan lemah berbanding­yenkepada3.8857/8895 daripada 3.8377/8418 pada Jumaat minggu sebelumnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia