Utusan Borneo (Sarawak)

Jangkaan inventori tinggi pengaruhi niaga hadapan MSM

-

KUALA LUMPUR: Niaga hadapan minyak sawit mentah ( MSM) di Bursa Malaysia Derivative­s dijangka didagangka­n antara RM2,450 dan RM2,500 satu tan berikutan jangkaan tandan buah segar dan stok MSM yang tinggi, kata peniaga.

Peniaga Kanan, Interband Group of Companies, Jim Teh berkata, prestasi minggu ini juga akan dipengaruh­i oleh bekalan MSM Indonesia yang lebih tinggi.

“Bagaimanap­un, peniaga menunggu laporan bulanan Lembaga Minyak Sawit Malaysia yang dijadual dike- luarkan pada 10 Ogos, yang mana ia memberi petunjuk kepada mereka sebelum peniaga membuat keputusan dagangan seterusnya,” katanya kepada Bernama.

Bagi minggu yang baharu berakhir, pasaran niaga hadapan MSM Malaysia mencatat prestasi bercampur-campur berikutan jangkaan paras bekalan MSM yang lebih tinggi bagaimanap­un, dagangan komoditi itu disokong oleh jangkaan eksport produk minyak sawit yang meningkat.

Berasaskan Jumaat ke Jumaat, kontrak bulan semasa Ogos 2017 merosot RM76 kepada RM2,590 satu tan, September 2017 susut RM55 kepada RM2,601 satu tan, Oktober 2017 kurang RM47 kepada RM2,608 satu tan dan November 2017 turun RM37 kepada RM2,616 satu tan.

Jumlah dagangan mingguan berkuranga­n kepada 215,404 lot daripada 233,470 lot manakala kepentinga­n terbuka turun kepada 239,040 kontrak daripada 250,725 kontrak.

Di pasaran fizikal pula, Selatan Ogos turun RM60 kepada RM2,620 satu tan daripada RM2,680 pada Jumaat minggu sebelumnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia