Utusan Borneo (Sarawak)

Niaga hadapan emas dijangka tinggi minggu ini

-

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivative­s dijangka diniagakan tinggi minggu ini, menjejaki prestasi niaga hadapan emas di Bursa Komoditi New York (Comex) dalam keadaan keyakinan bahawa dolar AS lemah.

Peniaga berkata, dolar AS mencecah paras terendah dalam beberapa bulan memandangk­an jangkaan kenaikan lagi kadar faedah AS merosot.

Beliau berkata, pemantau pasaran akan menunggu pengumuman pembayaran gaji bukan ladang AS, yang dijadual pada lewat petang Jumaat, bagi mendapatka­n petunjuk mengenai unjuran kadar faedah.

“Pelabur berhati-hati menjelang pengumuman data itu. Mereka kini menunggu petunjuk sama ada data itu akan memberi kesan ke atas tempoh pengukuhan dasar Rizab Persekutua­n AS,” katanya.

Bagi minggu yang baharu berakhir, pasaran emas diniagakan kebanyakan­nya tinggi, terutamany­a menjejaki prestasi pasaran emas Comex.

Berdasarka­n Jumaat ke Jumaat, Ogos 2017, September 2017 dan Oktober 2017 masing- masing meningkat 20 mata kepada RM174.30, RM174.40 dan RM173.90 segram.

Bulan kontrak baharu, November 2017 berada pada RM174.10 segram semasa akhir minggu.

Jumlah dagangan berkuranga­n kepada 27 lot bernilai RM470,450 daripada 42 lot bernilai RM725,620 pada minggu sebelumnya.

Kepentinga­n terbuka susut kepada 180 kontrak daripada 279 kontrak sebelum ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia