Utusan Borneo (Sarawak)

Nahas Osprey luar pantai Australia, tiga hilang

Marin AS henti usaha mencari dan menyelamat susulan insiden semasa latihan bersama

-

SYDNEY: Pasukan Marin Amerika Syarikat ( AS) semalam menamatkan usaha menyelamat tiga anggotanya yang hilang selepas sebuah pesawat tentera AS terhempas semasa latihan luar pantai Australia.

S u s u l a n i n s i d e n melibatkan sebuah MV-22 Osprey, helikopter hibrid ‘turboprop’ dengan rekod keselamata­n kurang baik, menteri pertahanan Jepun meminta Washington untuk menghentik­an sementara penerbanga­nnya di negara mereka.

Sejumlah 23 anggota diselamatk­an dengan pantas susulan insiden kelmarin luar pantai Australia, tetapi tiga marin terbabit masih hilang di sebalik operasi mencari dan menyelamat dari udara dan laut.

“Operasi kini beralih kepada usaha penemuan dan ahli keluarga tiga anggota marin yang hilang itu telah dimaklumka­n,” menurut Marin AS yang berpangkal­an di Jepun.

“Asalkan keadaan di laut membenarka­n, usaha penemuan akan dijalankan untuk mencari, menilai dan meninjau lebih lanjut kawasan tersebut, dalam kerjasama dan atas bantuan Pasukan Pertahanan Australia (ADF),” tambah kenyataan tersebut.

Menteri Pertahanan Marise Payne berkata semalam Tentera Laut Diraja Australia (RAN) telah mengerahka­n sebuah kapal peninjau HMAS Melville, selain satu pasukan penyelam ke kawasan tersebut untuk membantu operasi penemuan.

Marin AS berkata, usaha penemuan dan pengambila­n bangkai pesawat dijangka selesai dalam tempoh beberapa bulan tatkala punca nahas disiasat.

MV-22 yang merupakan separuh helikopter separuh ‘ turboprop’, mempunyai dua enjin di atas sayap tetap yang membolehka­nnya mendarat dan berlepas secara menegak.

Ia boleh terbang lebih laju daripada helikopter.

Pesawat berpangkal­an di Jepun itu berada di wilayah berkenaan dalam latihan ketenteraa­n bersama ASAustrali­a yang dikenali sebagai ‘ Talisman Sabre’, yang baharu sahaja tamat di negeri Queensland.

Menteri Pertahanan Jepun Itsunori Onodera yang baharu dilantik berkata semalam, kementeria­nnya cuba mendapatka­n lebih banyak maklumat mengenai insiden tersebut.

“Saya percaya terdapat kebimbanga­n di Jepun kerana maklumat jelas mengenai kemalangan itu belum diperolehi.

“Saya ingin membuat permintaan agar pesawat tersebut tidak diterbangk­an atas dasar sukarela,” kata Onodera kepada wartawan.

Satu skuadron Osprey berpangkal­an di Pangkalan Marin Futenma di pulau selatan Okinawa.

Terdapat sejumlah insiden maut kebanyakan­nya di AS yang melibatkan pesawat tersebut.

Pada April, 2000 19 anggota marin maut dalam nahas MV22 di AS.

Penduduk tempatan Okinawa telah memprotes pengerahan MV- 22 ke Futenma, yang terletak di tengah sebuah bandar yang sesak.

Pada Disember, pendaratan terkawal pesawat itu tidak jauh dari luar pantai semasa penerbanga­n l atihan mencetuska­n kemarahan awam.

Pesawat tersebut berkecai selepas insiden tersebut tetapi tiada sesiapa maut atau cedera.

Jurukempen Okinawa yang menuntut pangkalan tersebut berpindah ke luar pulau menegaskan mereka tidak akan bertolak ansur dengan kemungkina­n kemalangan, selain bunyi bising dan jenayah yang dilakukan anggota tentera AS yang berpangkal­an di pulau tersebut. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? REKOD BURUK: Imej daripada Pasukan Marin AS menunjukka­n tiga pesawat Osprey MV-22 terbang dalam formasi di atas Lautan Pasifik luar pantai Sydney pada 29 Jun lalu.
— Gambar AFP REKOD BURUK: Imej daripada Pasukan Marin AS menunjukka­n tiga pesawat Osprey MV-22 terbang dalam formasi di atas Lautan Pasifik luar pantai Sydney pada 29 Jun lalu.
 ?? — Gambar Reuters ?? TERUS BERJUANG: Imej pegun daripada video yang dikeluarka­n pada 1 Ogos lalu menunjukka­n Lopez bersama isterinya Lilian Tintori bercakap dari rumah mereka di Caracas pada 17 Julai.
— Gambar Reuters TERUS BERJUANG: Imej pegun daripada video yang dikeluarka­n pada 1 Ogos lalu menunjukka­n Lopez bersama isterinya Lilian Tintori bercakap dari rumah mereka di Caracas pada 17 Julai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia