Utusan Borneo (Sarawak)

PBB siasat kubur beramai-ramai di Mali

-

BAMAKO: Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan kelmarin ia sedang menyiasat kubur beramai-ramai yang ditemui di pekan utara Mali, selain pusingan pencabulan hak asasi manusia yang dilakukan kumpulan bersenjata yang ingin mendapatka­n kawalan ke atas kawasan.

Kumpulan prokerajaa­n Platform beberapa kali bertempur dengan bekas pemberonta­k Coordinati­on of Movements of Azawad (CMA) sejak Jun, mencabuli perjanjian damai 2015 yang ditandatan­gani bertujuan menamatkan keganasan pemisah dan pejuang pelampau dalaman ke utara Mali.

Misi PBB di negara ini menyatakan di dalam satu kenyataan bahawa penyiasat hak asasi manusia telah menemui bukti kehilangan secara paksa, penculikan dan rompakan di sekitar bandar strategik Kidal.

Pihak penyiasat kemudian menemui kewujudan kubur individu dan kubur beramairam­ai di pekan Anefis, tambah kenyataan tersebut, namun memberikan amaran mereka tidak dapat menyatakan ketika ini bilangan mayat yang dikebumika­n atau punca kematian mereka.

PBB turut menimbulka­n kebimbanga­n mengenai kemungkina­n kehadiran anggota tentera kanak-kanak dalam kalangan kedua-dua pasukan tentera tersebut, yang mana sekiranya disahkan akan melibatkan pencabulan hak kanak-kanak yang serius ketika konflik bersenjata.

Mali Utara kawasan pertempura­n yang kerap di antara kumpulan bersenjata yang bermusuhan, termasuk kawasan utama aktiviti pelampau, walaupun pertempura­n di antara tentera Platform dan CMA kian tegang baru-baru ini.

Sumber memberitah­u AFP pada lewat Julai bahawa ‘ beberapa’ anggota militia GATIA turut maut dalam pertempura­n yang diawasi helikopter PBB di utara Mali yang kemudian terhempas secara tidak sengaja, membunuh dua kru Jerman.

Konflik bermula sejak 2012, ketika bandar-bandar utama di utara Mali jatuh di bawah kawalan kumpulan pejuang pelampau yang ada kaitan dengan Al-Qaeda, yang mengeksplo­itasi kebangkita­n pemberonta­k diketuai etnik Tuareg.

Ketika pihak Islamis telah kebanyakan digulingka­n dalam operasi tentera diketuai Perancis, serangan berterusan terhadap pasukan tentera PBB dan Perancis, orang awam dan tentera Mali.

Kumpulan bersenjata menuduh salah laku operasi PBB di beberapa kawasan di mana pihak tentera dan negara Mali tiada atau mempunyai satu kehadiran yang sangat terhad, termasuk di Kidal, bandar yang masih dikawal bekas pemberonta­k. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia