Utusan Borneo (Sarawak)

Kebakaran hutan jejas taman tema air di Portugal

-

LISBON: Satu kebakaran hutan berlaku di utara Portugal ketika suhu amat tinggi memaksa pemindahan kelmarin bagi sebuah taman air dan penutupan sebatang lebuh raya, menurut bomba.

Lebih dari 70 orang anggota bombadiban­tudengan21­buah kenderaan telah berdepan dengan api tersebut di tanah semak samun berhampira­n Vila Caiz, 55 kilometer di timur laut Porto, menurut agensi perlindung­an awam.

Anggota bomba telah mengosongk­an Parque Aquatico de Amarante dan menutup satu laluan bagi lebuh raya A4 sebagai satu langkah berjaga-jaga, menurut kepada Komander Jose Pereira, ketua bagi anggota bomba di pekan berhampira­n Avintes.

“Ia adalah kebanyakan disebabkan oleh asap,” beliau memberitah­u televisyen awam RTP sambil menambah ia adalah masih belum jelas berapa ramai orang yang berada di taman air pada masa itu.

Pejabat cuaca negara meletakkan 13 wilayah dalam amaran kuning, paras ketiga tertinggi dalam sistem amaran empat peringkat, kelmarin akibat gelombang haba.

Suhu mencecah 38 darjah Celsius di beberapa kawasan selatan.

Selepas satu musim sejuk dan luruh yang luar biasa kering, hampir 79 peratus dari tanah besar Portugal telah mengalami kemarau yang ekstrem atau teruk pada hujung Julai, menurut kepada pejabat cuaca negara.

Pada Jun lepas lebih 60 orang telah terbunuh, dan lebih dari 250 orang telah tercedera, dalam satu kebakaran hutan gergasi di Pedrogao Grande di tengah Portugal yang marak selama lima hari.

Ramai daripada mangsa telah terperangk­ap di dalam kereta mereka akibat kebakaran. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia