Utusan Borneo (Sarawak)

14 mayat dalam satu lubang di utara Mexico

-

KOTA MEXICO: Sebuah kubur beramai- ramai mengandung­i 14 mayat telah ditemui di sebuah wilayah pergununga­n di wilayah utara Mexico di Zacatecas, menurut pihak pendakwa raya negeri.

Peguam Negara Zacatecas FranciscoM­urillomeny­atakan pihak berkuasa setakat ini telah menemui mayat 11 lelaki dan tiga wanita, namun mungkin terdapat ramai lagi di tempat kejadian di perbandara­n Valparaiso.

“Dalam beberapa kes, mayat dikelar, sebahagian diikat dan yang lain masih baharu lagi,” kata beliau pada sidang media lewat Jumaat.

Pasukan keselamata­n negeri dan persekutua­n memburu sekumpulan penjenayah di tempat kejadian, manakala pakar forensik masih mencari mayat yang lain.

Kubur beramai-ramai, ada di antaranya mengandung­i ratusan mayat, telah terbongkar sejak beberapa tahun ini ketika perang saudara berdarah di antara kartel dadah.

Sebuah kubur dengan 18 mayat telah ditemui pada Jun di Los Cabos, pusat peranginan pantai barat laut Mexico.

Lebih 177,000 telah dibunuh manakala kira-kira 30,000 lagi hilang di seluruh Mexico sejak 2006, ketika kerajaan mengarahka­n pihak tentera membantera­s kegiatan jenayah terancang.

Pakar percaya penahanan ketua kartel dadah utama mengakibat­kan beberapa kumpulan jenayah bebas bertukar daripada pengedaran dadah kepada rompakan, penculikan dan peras ugut di kawasan mereka. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia