Utusan Borneo (Sarawak)

Dispenser meletup, wanita terima pampasan sejuta euro

-

MONTAUBAN: Mahkamah Perancis menganuger­ahkan pampasan sejuta euro kepada seorang wanita yang mengalami keretakan akibat dispenser krim yang meletup, dalam kes yang membangkit­kan kematian seorang penulis blog kecergasan pada Jun lepas.

Peguam mangsa Emeline Petitgirar­d menyifatka­n jumlah tersebut luar biasa bagi Perancis, di mana mahkamah sivil jarang mengarahka­n pampasan besar bagi kes yang tidak mengakibat­kan kematian.

Na m u n pe g u a m menyatakan kes Emilie Lada, 30, amat tragik, justeru jumlah ‘ agak besar’ 1.09 juta euro adalah untuk satu kehidupan yang lenyap.

Dispenser krim putar itu meletup pada Disember 2013 dan meretakkan tengkorak Lada, menyebabka­n pendarahan dalam tengkorak dan mengoyakka­n sebahagian mukanya.

“Hasil kerja pakar bedah amat menakjubka­n dan kecacatan muka itu kini hampir tidak kelihatan,” menurut Petitgirar­d.

Bagaimanap­un Lada tidak lagi boleh bekerja serta hilang deria rasa dan bau, tambah beliau.

Menurut keputusan yang disiarkan kelmarin, mahkamah di selatan Perancis di pekan Montauban mendapati pengimport dispenser F2J. com dan penyedia insurans AXA bertanggun­gjawab atas insiden itu.

Ganti rugi kerosakan termasuk 10,000 euro masing-masing bagi suami Lada dan dua anak mereka berusia tiga dan enam tahun, yang turut berada di dapur bersamanya.

AXA merayu keputusan, menyatakan rangkaian pasar raya Auchan seharusnya menanggung sebahagian kos kerana menjualnya.

Mahkamah tidak bersetuju dan mendapati Auchan tidak bertanggun­gjawab ke r a n a La d a ti d a k boleh mengemukak­an re s i t me m b u k t i k a n pembeliann­ya.

Pada Jun, Rebecca Burger, bintang Instagram Perancis dan penulis blog kecergasan terkenal, mati di barat Perancis selepas dispenser yang meletup mengenai dadanya. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia