Utusan Borneo (Sarawak)

ASEAN gagal sepakat isu maritim China

-

MANILA: Negara- negara Asia Tenggara semalam berusaha untuk mencari kompromi tentang cara untuk menangani pengembang­an China di Laut China Selatan, dengan Kemboja melobi keras untuk Beijing, kata diplomat.

Menteri luar 10 negara anggota Pertubuhan Negaranega­ra Asia Tenggara (ASEAN) gagal mengeluark­an kenyataan bersama seperti dijadualka­n petang kelmarin, dan rundingan susulan tegang pagi semalam tidak menamatkan kekalutan itu, kata dua diplomat yang terlibat dalam rundingan.

China menuntut hampir keseluruha­n Laut China Selatan, termasuk perairan berhampira­n pantai negaranega­ra anggota ASEAN, Vietnam, Filipina, Malaysia dan Brunei.

Ru n d i n g a n te g a n g itu diadakan selepas Vietnam, yang turut menuntut sebahagian laut yang amat strategik itu, menununtut agar bahasa tegas dimasukkan ke dalam kenyataan berkenaan untuk menyuaraka­n kebimbanga­n mengenai penebusgun­aan tanah oleh China di perairan yang menjadi rebutan.

Kemboja, salah satu sekutu paling kuat China dalam ASEAN, menentang keras, menurut diplomat yang terlibat dalam rundingan di ibu negara Filipina, selain satu petikan dari ketetapan yang dicadangka­n oleh Kemboja dan diperolehi semalam.

“Vietnam bertegas dan China menggunaka­n Kemboja dengan berkesan untuk memperjuan­gkan kepentinga­nnya,” kata salah seorang diplomat tersebut.

“Namun Filipina sedaya upaya mencapai bahasa kompromi.”

China sejak beberapa tahun lalu mengembang­kan kehadirann­ya di laut berkenaan dengan membina pu l a u - p u l a u ti r u a n , yang berupaya untuk menempatka­n pangkalan tentera.

Ketegangan berhubung laut itu sudah lama menyinggun­g ASEAN, yang menggunaka­n pendekatan konsensi tetapi terpaksa mengimbang­i kepentinga­n penuntut yang bertentang­an dengan mereka yang lebih selari dengan China.

Sementara pegawai kanan meneruskan rundingan mengenai pertikaian laut itu semalam, jemaah menteri luar ASEAN mengadakan mesyuarat berasingan dengan rakan sejawatan mereka dari China, Amerika Syarikat dan negara lain di rantau AsiaPasifi­k. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia