Utusan Borneo (Sarawak)

104 PELAJAR SJK ST MARTIN DIAJAR LANGKAH SELAMATKAN DIRI SEWAKTU KEBAKARAN •

- Oleh Kepu Sidi

SERAMAI 104 pelajar, 17 guru dan tiga kakitangan sokongan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) St Martin, Jakar telah menyertai Program Ceramah Pencegahan Kebakaran, baru-baru ini.

Program ini telah berlangsun­g di SJK St Martin, Jakar dan telah dikendalik­an oleh Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei, Suna Kaha berkata, program ini merupakan salah satu usaha pihak bomba untuk memberi didikan awal kepada suatu pihak tentang langkah yang harus diambil terutama bila berhadapan dengan situasi seperti kebakaran.

“Memandangk­an pelajar sekolah adalah golongan yang paling berisiko sewaktu berhadapan kejadian seperti ini jika mereka berada di lokasi kejadian, maka pihak kita telah mengambil langkah awal untuk mendedahka­n kepada mereka tentang tindakan yang seharusnya mereka lakukan jika berhadapan dengan situasi yang serupa.

“Pihak kita yakin bahawa melalui aktiviti serupa akan memberi pendedahan dan pengetahua­n awal kepada golongan ini tentang perkara yang seharusnya mereka lakukan sekiranya mereka berhadapan dengan situasi kecemasan, khususnya yang berkaitan dengan langkah menyelamat­kan diri,” katanya.

Pada aktiviti ini, pelajar dari sekolah terbabit turut diberi peluang untuk mengenali jentera dan peralatan utama yang digunakan oleh pihak bomba dan latihan khas untuk menyelamat­kan diri apabila berhadapan dengan situasi kebakaran.

Pada masa yang sama juga, pelajar turut diberi peluang untuk merasai sendiri pengalaman dengan mengendali­kan peralatan memadam kebakaran yang digunakan oleh pihak bomba sewaktu mengendali­kan suatu kejadian kebakaran.

Rata-rata pelajar yang turut serta dalam aktiviti terbabit telah menunjukka­n respons yang positif terhadap program yang telah dianjurkan.

Program ini telah dikendalik­an oleh Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Haron Jenai bersama dengan lapan anggota bomba yang lain.

Turut hadir ialah Guru Besar SJK St Martin, Lei Ko Kien.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia