Utusan Borneo (Sarawak)

‘Kejar’ buah tangan terbaharu Hafiz Suip

-

SETELAH hampir dua tahun dilihat menyepi dari aktiviti seni, Hafiz Suip, pelantun lagu popular ‘Bahagiamu Deritaku’ ini, membuat kemunculan semula di persada muzik tanah air dengan sebuah lagu berjudul ‘Kejar’ demi mengubati kerinduan para peminatnya.

Lagu yang membawakan genre muzik pop ini merupakan hasil nukilan komposer terkenal tanah air, Audi Mok dengan kerjasama Shazee Ishak yang juga merupakan penulis lirik lagu.

Membuat perhitunga­n yang cukup berani untuk lari daripada imej penyanyi balada yang dibawa, Hafiz mempertaru­hkan ‘Kejar’, sebuah lagu yang yang berentak rancak dengan iringan melodi yang santai. Kandungan bait-bait liriknya pula cukup ringkas di mana ia mengisahka­n tentang sebuah percintaan luar biasa.

Mengulas mengenai kemunculan semula beliau menerusi lagu ‘Kejar’, Hafiz Suip berkata, “Sejak mula saya berkecimpu­ng dalam bidang nyanyian, saya sering membawakan lagu-lagu berentak balada.

“Tidak dinafikan, lagulagu tersebut berjaya melayakkan saya meraih pelbagai anugerah seterusnya membantu melonjakka­n nama saya dalam industri ini.

“Apabila sebut sahaja nama ‘Hafiz Suip’, peminat akan membayangk­an saya membawakan lagu-lagu berentak perlahan yang penuh dengan emosi. Itulah imej saya di mata peminat.

“Namun begitu, sebagai seorang penyanyi, saya ingin mencuba sesuatu yang baru dan perlu sentiasa tampil versatil. Lagi pula, citarasa peminat muzik sentiasa berubahuba­h mengikut peredaran zaman. Saya sedar, untuk terus bertahan dan kekal relevan dalam industri seni yang cukup kompetitif ini, saya tidak boleh sentiasa berada di takuk yang lama.

“Oleh itu, saya kena buktikan kepada peminat kemampuan saya dalam membawakan pelbagai genre muzik. Kehadiran lagu ‘Kejar’ ini memberi peluang kepada saya untuk lari daripada bayangan lagu berentak balada. Susunan muziknya yang rancak dan liriknya yang ringkas akan mudah menangkap di halwa telinga peminat.

“Memandangk­an lagu ini merupakan buah tangan terbaru saya selepas lama menyepi, penting untuk lagu ini memenangi hati mereka. Saya berharap single ini akan menjadi titik permulaan buat saya untuk menjadi seorang penyanyi yang serba boleh, khas untuk para peminat yang selama ini setia menantikan kemunculan semula saya. Semoga anda semua terhibur,” tambah Hafiz lagi.

Buah tangan terbaharu daripada Hafiz ini diterbitka­n sepenuhnya oleh Rocketfuel Entertainm­ent Sdn. Bhd. dan mula menemui peminat menerusi corong-corong stesen radio tempatan sejak 4 Ogos 2017 lepas.

Selain itu, lagu ini turut boleh didengari di landasan penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music. Muzik video lagu ‘Kejar’ ini pula boleh ditonton secara eksklusif menerusi saluran Youtube Rocketfuel Network mulai minggu ini.

Menurut Adam Lobo, Ketua Muzik Label, Rocketfuel Entertainm­ent Sdn. Bhd., “Hafiz Suip mempunyai kelebihann­ya tersendiri yang membolehka­n namanya masih berpermint­aan tinggi dalam dunia hiburan tanah air. Single ‘Kejar’ menyuntik keunikan serta kelainan berbanding lagu-lagunya sebelum ini. Nafas baharu yang diberikan oleh Hafiz melalui single ini diharap dapat membuahkan hasil dan menerima respon yang positif daripada peminatnya.

“Rangka promosi ‘Kejar’ akan dijalankan sepanjang bulan Ogos ini, di mana Hafiz dijadualka­n memenuhi sesi temubual di stesen-stesen radio dan televisyen tempatan serta menghadiri beberapa sesi bertemu peminat di seluruh Malaysia”.

Selama tujuh tahun berada dalam industri seni tanah air, Hafiz berjaya menerima pengiktira­fan di majlis anugerah muzik berprestij di Malaysia seperti ‘Anugerah Juara Lagu’, ‘Anugerah Industri Muzik’, ‘Anugerah Bintang Popular Berita Harian’ dan banyak lagi.

Kehebatan alunan vokalnya dalam menyampaik­an lagu-lagu berentak balada seperti ‘Awan Nano’, ‘Bahagiamu Deritaku’, ‘Matahari’ dan lagu-lagu duet seperti ‘Ombak Rindu’, ‘Muara Hati’ dan ‘Salahkah’ sememangya tidak boleh disangkal dan bakat yang dikurniaka­n ini menjadikan beliau sebagai salah seorang penyanyi lelaki yang begitu dikagumi di persada muzik tanah air mahupun di peringkat serantau.

Lagu ‘Kejar’ boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomuni­kasi tempatan. Layari saluran Youtube Rocketfuel Network untuk maklumat lanjut.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia