Utusan Borneo (Sarawak)

MENGAUT 15 PINGAT EMAS •

Pesilat Zon Selatan dominasi Kejohanan Silat Juara-Juara RSS Tertutup

- Oleh Mohd Shafik Ahmad

KUCHING: Pesilat Zon Selatan mendominas­i Kejohanan Silat Juara-Juara RSS Tertutup 2017 yang melabuhkan tirainya di Stadium Tertutup Sibu kelmarin.

Selepas bersaing selama tiga hari, pasukan Zon Selatan yang membariska­n seramai 43 pesilat berjaya mengaut 15 pingat emas untuk dinobatkan juara keseluruha­n.

Lebih manis pesilat kita berjaya melepasi sasaran awal iaitu 10 pingat emas dan ini satu bonus kepada pasukan kita. Azamri Kifle Timbalan Pengurus Zon Selatan

Silat olahraga menyumbang 12 emas manakala tiga lagi emas diperolehi menerusi acara silat seni.

Zon Utara menduduki tempat kedua disusuli Zon Tengah dan Zon Timur di tempat ketiga dan keempat.

Timbalan Pengurus Zon Selatan, Azamri Kifle berkata mereka berjaya merangkul kejuaraan pada kejohanan kali ini walaupun diberi tentangan sengit daripada pasukanpas­ukan lain.

“Lebih manis pesilat kita berjaya melepasi sasaran awal iaitu 10 pingat emas dan ini satu bonus kepada pasukan kita,” katanya ditemui di sini kelmarin.

Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaa­n terhadap jurulatih, Abang Erdie Fauzerul Abang Pauzan atas sumbangann­ya melatih pesilat Zon Selatan sehingga berjaya mempamerka­n persembaha­n cemerlang pada kejohanan itu.

Menurut Azamri, lebih menggembir­akan beberapa pesilat baharu zon itu menunjukka­n potensi untuk mengorak langkah lebih jauh selepas ini.

“Terima kasih kepada Rumpun Silat Sarawak (RSS) kerana menganjurk­an kejo- hanan ini.

“Tidak lupa juga kepada Pengurus Zon Selatan, Mohd Zurisma Azmi dan mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung membantu kita sehingga membolehka­n pasukan ini meraih kejayaan cemerlang,” katanya.

Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi merangkap Perumahan dan Kesihatan Awam, Dr Annuar Rapaee merasmikan penutupan kejohanan dan menyampaik­an hadiah kepada pemenang.

Hadir sama Timbalan Presiden RSS merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman dan Naib Presiden RSS, Datuk Mohamad Yusnar Matalie.

 ??  ??
 ??  ?? MERAIKAN KEJAYAAN: Pegawai dan pesilat Zon Selatan meraikan kejayaan bersama Dr Annuar (berdiri tengah) dan Fazzrudin (lima kiri) di Sibu kelmarin.
MERAIKAN KEJAYAAN: Pegawai dan pesilat Zon Selatan meraikan kejayaan bersama Dr Annuar (berdiri tengah) dan Fazzrudin (lima kiri) di Sibu kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia