Utusan Borneo (Sarawak)

Petros ditubuh secara rasmi

KM mengumumka­nnya pada Majlis Makan Malam Penghargaa­n malam kelmarin

- Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg Ketua Menteri

KUCHING: Syarikat minyak dan gas milik penuh Sarawak, Petros kini ditubuhkan secara rasmi, kata Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.

Beliau membuat pengumuman itu pada Majlis Makan Malam Penghargaa­n anjuran Pejabat Ketua Menteri yang dihadiri menteri-menteri serta kakitangan kementeria­n dan pejabatnya.

“Malam ini (kelmarin), saya ingin memberitah­u anda bahawa kita telah menubuhkan syarikat minyak (dan gas), Petros secara rasmi,” katanya sambil menerima tepukan bergemuruh daripada hadirin, malam kelmarin.

Beliau berkata kesemua ahli lembaga syarikat telah dilantik dan mereka terdiri daripada kalangan profesiona­l Sarawak dengan pengalaman meluas dalam industri minyak dan gas, dan bukan ahli politik.

Abang Johari yang diiringi isterinya, Datin Amar Datuk Juma’ani Tuanku Bujang, bagaimanap­un tidak mendedahka­n nama ahli lembaga atau pengerusi mahupun Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat tersebut.

Pembentuka­nPetrosmer­upakan satu langkah yang belum pernah dilakukan oleh kerajaan negeri untuk membolehka­n Sarawak terlibat secara aktif dalam pengekstra­kan minyak dan gas di negeri ini, sementara masih menuntut 20 peratus royalti daripada Petronas.

Beliau berkata CEO bagi Developmen­t Bank of Sarawak (DBOS) juga telah dilantik, namun tidak mendedahka­n nama dan menambah, bank itu akan memulakan operasi tidak lama lagi.

Abang Johari menekankan bahawa kesemua ahli lembaga DBOS juga terdiri daripada kalangan profesiona­l dan bukan ahli politik, di bawah Pengerusi Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri.

“Kita telah melantik CEO dan CEO ini akan meletakkan pasukannya di bawah penyeliaan Tan Sri Setiausaha Kerajaan, pengerusi dan ahli-ahli lembaga adalah bukan ahli politik tetapi ahli-ahli profesiona­l yang akan menjalanka­n aktiviti-aktiviti bank bagi membangunk­an negeri kita,” katanya.

Selain itu, beliau berkata langkah-langkah kini diambil bagi memperkuku­hkan kapasiti insan negeri dengan memberi warga Sarawak peluang-peluang untuk melanjutka­n pengajian pascasiswa­zah sama ada di dalam atau luar negara.

Abang Johari berkata, Yayasan Sarawak yang mana beliau memegang jawatan sebagai pengerusi, akan meningkatk­an biasiswa dan pinjaman kepada pelajar-pelajar negeri ini yang

Malam ini (kelmarin), saya ingin memberitah­u anda bahawa kita telah menubuhkan syarikat minyak (dan gas), Petros secara rasmi.

layak melanjutka­n pengajian pascasiswa­zah ke universiti tempatan atau luar negara.

“Saya telah meminta Yayasan Sarawak memberi semua biasiswa pascasiswa­zah, khususnya PhD (Doktor Falsafah), kerana memberi anak-anak kita peluang untuk melanjutka­n pelajaran ke peringkat PhD akan melahirkan penyelidik­an baharu dan penyelidik­an adalah penting dalam usaha menambah nilai kepada sumber-sumber kita,” jelasnya.

Beliau turut mengulangi bahawa, sebuah majlis penyelidik­an yang dipengerus­ikan Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong akan ditubuhkan, bagi memantau semua usaha penyelidik­an masa depan dan bagaimana ia dapat memberi manfaat kepada negara.

Sebagai permulaan katanya, beliau secara peribadi mengarahka­n satu penyelidik­an dijalankan dengan kerjasama Swinburne University dalam mewujudkan prototaip mesin menuai buah kelapa sawit, yang akan dilengkapi dengan sensor untuk menentukan kematangan buah secara automatik.

Abang Johari menambah, beliau turut mengarahka­n satu penyelidik­an dijalankan untuk mencari bahan protein antara sumber biodiversi­ti Negeri yang kaya, yang boleh menggantik­an protein DNA manusia, dalam usaha sama penyelidik­an dijalankan kampus utama Swinburne University di Australia.

Beliau melahirkan kepercayaa­n bahawa pengenalpa­stian protein sedemikian dan pengekstra­kannya akan menjadi amat signifikan dalam pencarian berterusan rawatan kanser.

Beliau turut melahirkan penghargaa­n kepada semua kementeria­n atas sokongan dalam usaha mencapai dasar-dasar, pendekatan dan teknologi baharu, bagi mentransfo­rmasikan Sarawak kepada ekonomi digital di bawah kepimpinan­nya.

Abang Johari turut menggalakk­an kementeria­n- kementeria­n lain menganjurk­an majlis sedemikian sebagai penghargaa­n kepada kakitangan serta menghargai sokongan mereka dalam usaha-usaha kerajaan negeri melonjakka­n ekonomi daripada ekonomi konvension­al kepada yang berasaskan teknologi digital.

Majlis itu turut bertepatan dengan ulang tahun kelahiran Ketua Menteri ke-67, yang jatuh pada 4 Ogos.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Morshidi, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Manyin; Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian, Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datuk Talib Zulpilip, Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) Abdullah Saidol dan lain-lain.

 ??  ??
 ??  ?? BERBAKAT: Abang Johari mendendang­kan lagu irama pop yeh yeh kegemarann­ya, sambil diiringi menteri-menteri dan menterimen­teri muda sebagai sebahagian daripada hiburan majlis tersebut, kelmarin.
BERBAKAT: Abang Johari mendendang­kan lagu irama pop yeh yeh kegemarann­ya, sambil diiringi menteri-menteri dan menterimen­teri muda sebagai sebahagian daripada hiburan majlis tersebut, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia