Utusan Borneo (Sarawak)

Pewaris Samsung berdepan 12 tahun

Pendakwa raya tuntut hukuman paling keras setakat ini dalam skandal ‘chaebol’

-

SEOUL: Pendakwa raya Korea Selatan semalam menuntut pewaris empayar Samsung dihukum penjara 12 tahun atas peranannya dalam skandal rasuah yang menjatuhka­n presiden negara itu.

Pada pendengara­n akhir perbicaraa­n kes Lee Jae-Yong, naib pengerusi Samsung Electronic­s, pendakwa raya menggelarn­ya sebagai ‘penerima manfaat mutlak’ jenayah yang dilakukan dalam skandal itu yang menyaksika­n pendakwaan dan pemecatan Park Geun-hye.

Jika disabitkan dan hakim bersetuju dengan cadangan hukuman itu, ia akan menjadi antara hukuman paling keras pernah dijatuhkan ke atas eksekutif kanan ‘chaebol’, kumpulan perniagaan yang mendominas­i ekonomi keempat terbesar Asia itu.

Lee dan empat lagi eksekutif Samsung, pengeluar telefon pintar terbesar dunia dan firma terbesar Korea Selatan, dituduh merasuah orang kepercayaa­n Park yang berpengaru­h besar dengan jutaan dolar untuk meraih perhatian presiden dan melancarka­n urusan penggabung­an kontrovers­i pada 2015.

“Para defendan terikat dengan kuasa dan mahu mendapatka­n ganjaran peribadi,” kata pendakwa raya yang kemudian menuntut hukuman penjara 12 tahun untuk Lee, yang turut didakwa pecah amanah dan menyembuny­ikan aset di luar negara, antara kesalahan lain.

Pendakwa raya juga menuntut hukuman penjara 10 tahun untuk tiga rakan tertuduhny­a dan tujuh tahun bagi defendan terakhir dalam perbicaraa­n itu.

Lee bagaimanap­un menafikan sebarang salah laku.

“Saya sekali lagi amat menyesal dan memohon maaf kerana menyebabka­n kekecewaan besar,” katanya kepada mahkamah dalam kenyataan terakhir dengan nada sebak dan berhenti sejenak untuk meminum air.

Lee ditahan reman sejak enam bulan lalu dan pernah berkata semasa dalam penahanann­ya bahawa dia menyedari dirinya mempunyai banyak kekurangan dan terdapat beberapa perkara yang gagal disedariny­a sebagai ketua perniagaan.

“Saya tidak pernah mendapatka­n perhatian daripada presiden untuk ga n j a r a n pe r i b a d i , ” tegasnya.

Lee, 49, secara efektifnya menerajui Samsung, yang mempunyai pendapatan menyamai satu perlima KDNK negara, sejak bapanya terlantar akibat serangan jantung pada 2014.

Membuat kenyataan buat kali pertama bagi membela diri minggu lepas, dia mendakwa tidak bertanggun­gjawab membuat keputusan dalam kumpulan luas itu dan kebanyakan­nya cuma mendengar kata eksekutif lain.

Para peguamnya mendakwa tuduhan tersebut tidak wajar danparadef­endantidak­pernah mengharapk­an ganjaran sebagai balasan untuk wang yang didermakan.

Hakim akan membuat keputusan pada 25 Ogos ini.

Choi Gee- Sung, bekas naib pengerusi Samsung Electronic­s dan salah seorang tertuduh, mengulangi dakwaannya bahawa dia bertanggun­gjawab dan tuduhan tersebut adalah akibat keputusann­ya sendiri untuk melindungi syarikat daripada rakan rapat Park, Choi Soon-sil.

Dia mengetuai Pejabat Strategi Masa Depan Samsung yang memantau keputusan besar perniagaan kumpulan itu, sehingga berundur pada Februari lalu, dan dituduh meluluskan pembayaran jutaan euro untuk menaja pendidikan anak Choi.

“Sa y a me m i k u l tanggungja­wab berat sebagai ketua FSO (kewangan) yang memantau semua urusan perniagaan,” tegas Choi kepada mahkamah.

Jika Lee didapati bersalah, ia akan menjadi tamparan hebat buat Park yang dibicaraka­n berasingan atas 18 dakwaan termasuk rasuah, bersubahat dan salah guna kuasa susulan pemecatann­ya pada Mac lalu.

Choi juga dibicaraka­n kerana menggunaka­n pengaruhny­a dengan presiden untuk memaksa firma utama Korea Selatan termasuk Samsung untuk ‘menderma’ hampir AS$70 juta kepada pertubuhan kebajikan yang diuruskann­ya. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? SUGUL: Lee tiba untuk perbicaraa­n kesnya di Mahkamah Daerah Tengah Seoul di Seoul, semalam.
— Gambar Reuters SUGUL: Lee tiba untuk perbicaraa­n kesnya di Mahkamah Daerah Tengah Seoul di Seoul, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia