Utusan Borneo (Sarawak)

Sepuluh ditahan disyaki menipu berkaitan peraduan gores dan menang

-

MIRI: Dua wanita antara 10 individu diberkas polis dalam Ops Serama petang kelmarin kerana disyaki menipu seorang lelaki berkaitan peraduan gores dan menang.

Tangkapan ke atas semua suspek dibuat berikutan laporan polis diterima daripada seorang lelaki berusia 50 tahun.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah dalam kenyataann­ya mengesahka­n menerima laporan berhubung kes itu.

Dalam laporan itu, mangsa mendakwa sekitar jam 2.15 petang, 6 Ogos lalu ketika berada di sebuah pasar raya di Taman Tunku, dia dipelawa seorang lelaki menyertai peraduan gores dan menang secara percuma.

“Mangsa memenangi tali pinggang pelansinga­n dan suspek meminta mangsa membayar secara tunai namun mangsa tidak mempunyai wang tunai.

“Mereka kemudian meminta mangsa membayar menggunaka­n kad kredit dan mangsa menyerahka­n kad kreditnya kepada suspek,” katanya sambil memberitah­u, suspek turut diminta menandatan­gani sekeping kertas.

Semasa dalam perjalanan pulang, mangsa menerima dua SMS daripada sebuah bank dan sebuah syarikat swasta menyatakan wang dibelanjak­an masing- masing berjumlah RM3,899 dan RM2,000.

Sehubungan itu, mangsa yang menyedari dirinya ditipu kemudian tampil membuat laporan polis.

Bertindak atas maklumat, sekitar jam 6 petang, 6 Ogos lalu sepasukan polis melakukan Ops Serama di Pusat Komersil Emart dan menangkap 10 individu termasuk dua wanita berusia antara 19 hingga 33 tahun kerana disyaki terlibat dalam kes ini.

“Semasa tangkapan dibuat, polis turut merampas pelbagai barang seperti 16 keping kad ‘plife’, lima keping risalah berkaitan barangan dijual, tiga kad sampel promosi barang jualan dan tiga keping kertas tertulis nama pelanggan.

“Turut dirampas 135 unit tali pinggang pelangsing­an, 10 unit penapis induk, 630 unit pengurut leher, 60 unit kusyen pengurut dan 40 unit penapis air,” katanya sambil memberitah­u, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Menurut Lim, semua sus- pek dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini petang semalam dan diperintah­kan direman dua hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah untuk membantu siasatan lanjut polis.

Perintah itu dikeluarka­n Penolong Kanan Pendaftar Md Syafique Md Hilmie setelah membenarka­n permohonan dikemukaka­n pegawai penyiasat Inspektor Fadhillah Abdul Rashid daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Daerah (JSJKD) Miri.

Tempoh reman ke atas suspek tamat pada 9 Ogos ini.

 ??  ?? OPS SERAMA: Semua 10 suspek diiringi keluar dari Balai Polis Pusat Miri untuk ke Kompleks Mahkamah Miri bagi mendapatka­n perintah reman petang semalam.
OPS SERAMA: Semua 10 suspek diiringi keluar dari Balai Polis Pusat Miri untuk ke Kompleks Mahkamah Miri bagi mendapatka­n perintah reman petang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia