Utusan Borneo (Sarawak)

Guru muda meninggal dunia di bilik sewanya

-

MARUDI: Seorang guru muda berumur 25 tahun meninggal dunia di dalam bilik sewanya di Kampung Cina di sini semalam.

Guru dikenali Jackson Bala Ribut itu mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Dato Sharif Hamid dan berasal dari Rumah Irene, Nanga Engkeririn, Kanowit mulai bertugas di sekolah tersebut pada Februari tahun lalu.

Tahun ini merupakan tahun kedua beliau mengajar di SK Dato Sharif Hamid.

Menurut sumber rapat dengan beliau, si mati tidak turun mengajar kerana berasa tidak sihat serta mengalami pening kepala.

Rakannya, Fredexcson Tugang yang mengajar bersamanya di sekolah sama memberitah­u bahawa beliau dimaklumka­n mengenai keadaan rakannya itu menerusi Whatsapp pada jam 7.55 pagi semalam.

Sejurus itu, pada jam 9.55 pagi, Fredexcson balik ke rumah sewa tersebut untuk menjenguk rakannya itu dan sewaktu tiba di rumah, beliau mendapati Jackson terbaring dalam keadaan amat lemah dan beliau terus menghubung­i hospital mengenai keadaan rakannya.

Bagaimanap­un, Jackson tidak sempat dibawa ke hospital kerana sejurus ketibaan rombongan paramedik di kediamanny­a, Jackson telah menghempus­kan nafas terakhirny­a dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

Justeru, polis serta bomba dan penyelamat terus dihubungi dan bergegas ke rumah sewa berkenaan bagi menyiasat keadaannya.

Fredexcson memberitah­u, beliau terus menghubung­i guru besar sekolah mereka dan beberapa guru kanan untuk memaklumka­n perkara tersebut.

Dalam pada itu, Jackson dikatakan memang mengalami penyakit darah tinggi.

Mayatnya kemudian dibawa ke Hospital Marudi untuk dibedah siasat dan difahamkan mayatnya dibawa balik ke kampung halamannya di Kanowit untuk dikebumika­n.

 ??  ?? BEDAH SIASAT: Mayat Jackson dibawa ke Hospital Marudi untuk dibedah siasat.
BEDAH SIASAT: Mayat Jackson dibawa ke Hospital Marudi untuk dibedah siasat.
 ??  ?? MENGEJUT: Jackson meninggal dunia di rumah sewanya sebelum sempat dibawa ke Hospital Marudi.
MENGEJUT: Jackson meninggal dunia di rumah sewanya sebelum sempat dibawa ke Hospital Marudi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia