Utusan Borneo (Sarawak)

Pencarian mangsa bot karam diteruskan sehingga hari ini

- — Bernama

DUNGUN: Operasi pencarian tiga lagi nelayan yang hilang selepas bot dinaiki mereka terbalik di muara sungai Kuala Dungun diteruskan sehingga hari ini.

Ketua Polis Daerah Dungun Superinten­den Ahmad Zailani Yaacub berkata ia berikutan pencarian yang dilaksanak­an sejak Khamis lalu menemui jalan buntu.

Katanya sejak operasi pencarian dilaksanak­an tiada sebarang petunjuk baharu yang ditemui pasukan keselamata­n selain bot gentian kaca yang dinaiki mereka berlima.

“Kami akan meneruskan pencarian sehingga esok bagaimanap­un ia bergantung kepada keadaan semasa kerana tiada sebarang petunjuk baharu yang kami temui sehingga kini.

“Pelbagai usaha telah dilaksanak­an antaranya pencarian di laut termasuk selaman, pencarian udara, pesisir pantai dan sebagainya,” katanya kepada Bernama di sini semalam.

Rabu lalu empat nelayan dikhuatiri lemas selepas bot gentian kaca yang dinaiki mereka ke Jeti Kuala Dungun terbalik dipukul ombak dalam kejadian kira-kira jam 10 malam.

Bagaimanap­un mayat seorang daripada mangsa iaitu Mohd Nazri Yaccob, 37, ditemui kira-kira jam 8.50 pagi Jumaat.

Mangsa yang masih hilang ialah Che Mohd Afendi Che Ismail, 34; Mohamad Zawawi Mohamed, 27 dan Abdul Wahab Zakaria, 44.

Ahmad Zailani berkata semalam pihaknya turut menggunaka­n khidmat dua ekor anjing pengesan Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi membantu usaha pencarian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia