Utusan Borneo (Sarawak)

270 anjing divaksin di beberapa kampung di Serian

-

KUCHING: Sejumlah 270 anjing telah divaksin semalam, dalam Program Pemvaksina­n Anjing yang diadakan di bahagian Serian iaitu di Kampung Terbat Leban, Kampung Terbat Mawang, Kampung Mayang Kawan, Kampung Sebintin, Kampung Engkeroh, Kampung Pulau Pranuk, Kampung Krussen Kranji, Kampung Krussen Mawang dan Kampung Krussen Siu.

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak ( JPBNS) menerusi satu kenyataan berkata sehubungan itu, jumlah haiwan kesayangan yang telah divaksin sehingga semalam adalah sebanyak 27,957 yang terdiri daripada 20,315 anjing, 7,597 kucing dan 45 haiwan lain.

Manakala jumlah kempen kesedaran mengenai wabak penyakit rabies yang telah diadakan di kampung dan sekolah yang terlibat masih lagi sebanyak 160 dan telah dihadiri 31,615 peserta.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri memaklumka­n bahawa sebanyak 111 kes gigitan baharu dilaporkan semalam.

Kes tersebut dilaporkan dari bahagian Serian (34 kes gigitan), bahagian Sri Aman (26 kes gigitan), bahagian Kuching (19 kes gigitan) dan bahagian Samarahan (32 kes gigitan).

“Ini menjadikan bilangan kes kumulatif gigitan anjing yang berlaku mulai 1 April 2017 hingga hari ini (semalam) adalah berjumlah 1,651 kes.

“Secara kumulatifn­ya, seramai 834 orang telah menerima suntikan vaksin antirabies,” katanya.

Justeru, Jabatan Kesihatan Negeri memohon orang ramai yang mempunyai sejarah gigitan anjing dalam tempoh 1 April 2017 hingga kini, segera membuat pemeriksaa­n di mana-mana fasiliti kesihatan terdekat.

Pada masa yang sama, orang ramai turut diingatkan untuk sentiasa menghindar­i gigitan haiwan terutama anjing dan sekiranya digigit, perlu mengambil langkah pencegahan segera dengan mencuci luka bahagian terkena gigitan menggunaka­n sabun dan air bersih yang mengalir selama 15 minit dan segera mendapatka­n rawatan lanjut di klinik atau hospital berdekatan.

Maklumat dan aktiviti operasi pemvaksina­n wabak rabies juga boleh didapati di portal JPBNS menerusi www.infodisast­er.sarawak. gov.my.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia