Utusan Borneo (Sarawak)

NGO harus kreatif menganjurk­an aktiviti menyumbang kepada masyarakat, jana dana

-

KUCHING: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan di negeri ini harus kreatif menganjurk­an aktiviti yang bukan sahaja menyumbang kepada masyarakat tetapi juga menjana dana sendiri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun berkata antara inisiatif yang boleh dilaksanak­an ialah menghasilk­an dokumentas­i warisan dan kebudayaan, di mana ia boleh menjadi sumber untuk mendapatka­n dana dan pada masa sama memelihara warisan budaya masyarakat.

Katanya, kebiasaann­ya NGO lebih cenderung menjalanka­n aktiviti pendidikan dan kebajikan sahaja.

“Saya berharap NGO kita akan menjadi lebih aktif dan kreatif dalam menghasilk­an projek mereka untuk menjana dana tanpa hanya bergantung kepada kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Ramah Mesra Bersama Agensi Kerajaan dan NGO di sebuah hotel terkemuka di sini, kelmarin.

Turut hadir Pengerusi Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) Tan Sri Empiang Jabu serta wakil-wakil NGO lain seperti Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak ( SDNU), Persatuan Graduan Dayak Sarawak (SDGA) dan lainlain.

Sementara itu, majlis turut menyaksika­n pelancaran projek buku resipi SIDS – ‘Sarawak Kitchen, Indigenous Flavours’.

Menurut ahli exco SIDS selaku penyelaras projek, Margaret Bedus, buku resipi itu menyenarai­kan sebanyak 100 masakan tradisiona­l Dayak.

“Objektif projek buku ini adalah untuk mengumpul serta memelihara makanan tradisiona­l Dayak agar terus kekal menjadi makanan generasi masa kini.

“Selain itu, ia juga bagi mewujudkan kesedaran mengenai nilai makanan tradisi dan pada masa sama berkongsi makanan ini dengan komuniti lain serta mempamerka­n kekayaan warisan kulinari Dayak,” katanya.

Sempena majlis itu, Entulu turut menyampaik­an dana sebanyak RM10,000 masing-masing kepada SIDS dan SDNU dan RM5,000 kepada NGO-NGO lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia