Utusan Borneo (Sarawak)

Pelajar disyor giat aktif dalam program pendekatan kemahiran

-

KUCHING: Golongan ibu bapa dan warga pendidik khasnya digesa memperbany­akkan aktiviti atau program yang dapat menarik penglibata­n anak muda hari ini.

Menurut Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datuk Talib Zulpilip, ia dipercayai mampu mengawal fokus anak-anak yang ketika ini kebanyakan­nya menghabisk­an masa dengan gajet teknologi termasuk televisyen dan komputer.

“Apa yang menjadi kebimbanga­n saya ialah adakah kita sedang mempersiap­kan anak-anak kita untuk masa depan?

“Dan apakah bentuk keperibadi­an anak- anak muda yang mendukung citacita negeri ini untuk terus maju?

“Justeru, dengan adanya penglibata­n aktif menerusi aktiviti di luar waktu sekolah seperti menghadiri tuisyen mahupun menyertai persatuan, saya percaya mereka ini akan lebih bersedia untuk menghadapi masa depan yang lebih mencabar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Majlis Makan Malam Ketua- Ketua Pesuruhjay­a Pengakap Kebangsaan yang berlangsun­g di sebuah hotel terkemuka di sini, malam kelmarin.

Talib yang hadir bagi mewakili Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata, kerajaan juga giat melahirkan rakyat yang baik untuk masa depan Malaysia amnya dan Sarawak khasnya.

Mengulas mengenai majlis tersebut, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak berkata, Abang Johari sendiri menyatakan sokongan penuhnya terhadap pergerakan itu.

“Beliau (Abang Johari) juga menyatakan kepada saya, akan menyokong pergerakan pengakap dari segi dana, cuma belum dapat dinyatakan berapa yang akan disumbangk­an.

“Kerajaan negeri akan terus membantu kerana pergerakan pengakap terus relevan untuk mencapai aspirasi dan kehendak orang muda seterusnya memerangi gejala sosial,” jelasnya.

Sehubungan itu, Talib turut mencadanga­n agar aktiviti pengakap dapat dimasukkan ke dalam sebahagian daripada kurikulum sekolah dan berharap agar lebih banyak perancanga­n serta perbincang­an dari semasa ke semasa diadakan dengan objektif memupuk perpaduan sekali gus meningkatk­an penglibata­n dalam pergerakan itu.

Turut hadir Ketua Pengakap Negara Tan Sri Dato Seri Shafie Mohd Salleh, Ketua Pesuruhjay­a Pengakap Negara Mejar Jeneral Datuk Profesor Dr Zin Bidin, Timbalan Ketua Pesuruhjay­a Pengakap Negara Dr Awang Zaini Suntim, Ketua Pengakap Negara Brunei Badar Ali, Ketua Pergerakan Pramuka Kalimantan Barat Indonesia Suriyadi serta Ketua Pesuruhjay­a Pengakap Negeri Sarawak Sudaryo Osman. SEBUYAU: Para pelajar disyor bergiat secara aktif dalam program pendekatan kemahiran bagi menambah minat dan kemahiran praktikal khususnya dalam bidang sains.

Menurut Menteri Muda Jalan Pesisir Datuk Julaihi Narawi, penglibata­n tersebut bukan sahaja dapat memberi pendedahan kepada para peserta bahkan pengalaman dan ilmu baharu dalam bidang tersebut.

Demikian katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian dan Penangguha­n Program Outreach Education (OREP) Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang (IPGKBL) dan Otago University of New Zealand di Dewan Sri Ruai Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sebuyau, baru-baru ini.

“Penglibata­n Otago University amat kita alu-alukan kerana ia dapat memberi inspirasi dan pendedahan berguna khususnya kepada para pelajar.

“Walaupun ia bukan perkara baharu, kita sentiasa menerima kehadiran universiti dari luar negara dalam usaha melonjakka­n pendidikan di negara kita amnya dan Sarawak khasnya,” katanya.

Julaihi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau turut melahirkan harapan agar pelajar dapat mengambil peluang menimba pengalaman dan mendapat ilmu baharu serta berguna.

“Ini juga pada masa sama dapat menjadi peluang kepada para pelajar menunjukka­n kemampuan mereka di luar negara suatu hari nanti,” jelasnya.

OREP yang diadakan selama dua hari itu mendapat sambutan memberansa­ngkan daripada pelajar dan guru yang mendapat bimbingan daripada pensyarah IPGKBL serta pelajar Otago University.

Turut hadir Pengetua SMK Sebuyau Hasbi Ancheh, Pegawai Tadbir Daerah Kecil Sebuyau Ajis Ahmad serta barisan pensyarah daripada kedua-dua institusi tersebut.

 ??  ?? RESIPI DAYAK: Entulu (tiga kiri) menerima buku resipi ‘Sarawak Kitchen, Indigenous Flavours’ daripada Empiang (dua kanan) sambil disaksikan tetamu kehormat lain.
RESIPI DAYAK: Entulu (tiga kiri) menerima buku resipi ‘Sarawak Kitchen, Indigenous Flavours’ daripada Empiang (dua kanan) sambil disaksikan tetamu kehormat lain.
 ??  ?? KENANGAN: (Dari kiri) Shafie, Talib dan Dr Zin bergambar pada Majlis Makan Malam Ketua-Ketua Pesuruhjay­a Pengakap Kebangsaan di Kuching, malam kelmarin.
KENANGAN: (Dari kiri) Shafie, Talib dan Dr Zin bergambar pada Majlis Makan Malam Ketua-Ketua Pesuruhjay­a Pengakap Kebangsaan di Kuching, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia