Utusan Borneo (Sarawak)

Pencapaian PLF masyarakat buta huruf membanggak­an

KEMAS antara agensi kerajaan bantu menguasai 3M

- Oleh Kelvin Lambai

SARIKEI: Pendidikan Literasi Fungsian ( PLF) masyarakat buta huruf di negara ini mencapai tahap membanggak­an dan Jabatan Kemajuan Masyarakat ( KEMAS) antara agensi kerajaan bertanggun­gjawab membantu golongan sasar itu mampu menguasai 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.

Ketua Pengarah KEMAS Datuk Amirruddin Ariffin berkata sejak jabatan itu diwujudkan 56 tahun lalu, pelbagai pendekatan dilaksanak­an untuk membantu golongan terbabit mengusai ilmu 3M.

“Sejak itu, KEMAS melihat bahawa 98 peratus masyarakat buta huruf terutama di luar bandar Semenanjun­g Malaysia (orang asli), Sabah dan Sarawak berjaya men- guasai ilmu setakat ini.

“Ini adalah satu kejayaan besar KEMAS mendidik masyarakat buta huruf men- guasai ilmu membaca, mengira dan menulis selain memberi pendidikan awal kanak-kanak menerusi tabika dan taska diwujudkan pada 1970-an,” katanya pada sambutan Hari Pendidik KEMAS Negeri Sarawak di Dewan Sental, Sarikei semalam.

Beliau berkata, KEMAS menerusi Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) menyasarka­n menjelang 2020, 100 peratus masyarakat buta huruf di kawasan pedalaman mampu menguasai ilmu 3M.

Katanya, dengan tenaga pengajar profesiona­l terdiri daripada guru tabika, tenaga pengajar Kelas Pendidikan Kemahiran Literasi Dewasa (LEADS) KEMAS mampu mencapai sasaran ini.

“KEMAS memiliki tenaga pengajar terlatih membantu golongan sasar diberi latihan serta guru Tabika KEMAS diberi pendidikan khusus dalam bidang ini,” jelasnya.

Justeru, pihaknya kini hampir mencapai sasaran 100 peratus dan hanya berbaki dua peratus sahaja sebelum menjelang 2020.

“Kita memberi fokus pencapaian ini dan semua peserta program perlu diberi latihan intensif bermula di peringkat awal sebagai persediaan mereka menguasai ilmu itu,” katanya.

Hadir sama Pemangku Pengarah KEMAS Sarawak Dayang Monalizawa­ti Abang Ismail, Timbalan Pengarah KEMAS Sarawak Fatimah Rosli, Penolong Pengarah Sumber Manusia dan Pentadbira­n Joseph Unsong, Penolong Pengarah Komuniti dan Pendidikan Kemahiran Langi Liban, Pegawai KEMAS Sarikei Syuaib Ahmad dan Pegawai KEMAS Sri Aman Josipah Sabas.

Sejak itu, KEMAS melihat bahawa 98 peratus masyarakat buta huruf terutama di luar bandar Semenanjun­g Malaysia (orang asli), Sabah dan Sarawak berjaya menguasai ilmu setakat ini. Datuk Amirruddin Ariffin Ketua Pengarah KEMAS

 ??  ?? RASMI: Amirruddin (lima kiri), Dayang Monalizawa­ti (empat kiri), Fatimah (tiga kanan) pada perasmian majlis tersebut semalam.
RASMI: Amirruddin (lima kiri), Dayang Monalizawa­ti (empat kiri), Fatimah (tiga kanan) pada perasmian majlis tersebut semalam.
 ??  ?? LARANGAN MEROKOK: Nazarul (kanan) dibantu Raden melekatkan papan tanda‘Dilarang Merokok’ pada dinding luar Surau Darul Islam Sibu.
LARANGAN MEROKOK: Nazarul (kanan) dibantu Raden melekatkan papan tanda‘Dilarang Merokok’ pada dinding luar Surau Darul Islam Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia