Utusan Borneo (Sarawak)

MBM galak guna plastik mudah terurai

-

MIRI: Penggunaan plastik mudah terurai merupakan alternatif baharu Majlis Bandaraya Miri ( MBM) untuk mengurangk­an penggunaan plastik biasa yang berbahaya kepada alam sekitar.

Datuk Bandar MBM Adam Yii berkata dengan menambah aditif pengurai plastik seperti dmas, plastik jenis ini dipercayai mampu terurai dalam tempoh enam bulan hingga lima tahun berbanding plastik biasa memerlukan tempoh antara 100 hingga 500 tahun terurai dalam tanah.

“Plastik terurai ini adalah alternatif dan pengganti sesuai kepada beg plastik yang kita guna sekarang. Kita memerlukan komitmen setiap stakeholde­r ( pihak berkepenti­ngan) untuk menjayakan matlamat ini,” katanya selepas taklimat plastik terurai di sini semalam.

Taklimat yang dihadiri pengusaha pasar raya, penjual dan pengeluar produk plastik di sini serta pencinta alam disampaika­n Pengurus Besar Reka Jaya Supplies dan Resources Sdn Bhd Edward CK Yong.

Adam berkata, penggunaan plastik terurai antara tiga aspek dititikber­atkan MBM dalam memelihara dan memulihara alam sekitar serta kempen menghijauk­an bandar raya Miri.

Aspek kedua ialah kempen ‘Katakan Tidak Kepada Beg Plastik’ yang dilancarka­n pada 2009 bermula dengan tidak membenarka­n penggunaan beg plastik pada setiap Ahad.

Kempen dilanjutka­n pada Jumaat, Sabtu dan Ahad pada 2010 dan pada 1 Mei 2010 kempen dilaksanak­an pada setiap hari, menjadikan Miri bandar raya pertama di negara ini melaksanak­an usaha tersebut.

Menerusi kempen itu, pembeli di pasar raya terlibat dalam kempen dikenakan bayaran 20 sen untuk setiap beg plastik.

Ini bertujuan menggalakk­an mereka menggunaka­n beg mesra alam atau membawa beg sendiri ketika membeli-belah.

“Aspek ketiga melakukan aktiviti kebersihan. Untuk ini kita perlu menjelaska­n kos minimum iaitu harga perlu kita bayar,” jelas beliau.

Menurut Adam, walaupun penggunaan plastik terurai bukan penyelesai­an sebenar tetapi dengan kerjasama semua pihak membantu mengurangk­an masalah alam sekitar kesan penggunaan plastik.

Sehubungan itu, beliau menyeru syarikat pengeluar, penjual barangan plastik di sini serta pengusaha pasar raya mencuba menggunaka­n produk plastik terurai serta mempromosi manfaatnya kepada pengguna.

MBM di bawah Jawatankua­sa Tetap LA21 dan Pembanguna­n Masyarakat menganjurk­an bicara kesedaran bahaya penggunaan plastik kepada masyarakat untuk menggalakk­an amalan kitar semula dan menyayangi alam sekitar.

 ??  ?? TAKLIMAT: Adam (tengah) bersama kaunselor dan peserta taklimat menunjukka­n contoh beg plastik mudah terurai di Miri semalam.
TAKLIMAT: Adam (tengah) bersama kaunselor dan peserta taklimat menunjukka­n contoh beg plastik mudah terurai di Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia