Utusan Borneo (Sarawak)

MoU dimeterai antara PPKS dan JKMS pada AGM PPKS

-

KUCHING: Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Pusat Pembanguna­n Kemahiran Sarawak (PPKS) mengesahka­n kepentinga­n kerajaan, industri dan akademia bekerja sebagai satu bagi meningkatk­an objektif bersama pembanguna­n modal insan.

Dalam AGM itu, Memorandum Persefaham­an (MoU) dimeterai antara PPKS dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS), diikuti pemilihan ahli Majlis Pengurusan PPKS untuk penggal baharu (2017-2020).

Sebagai tambahan, dua ahli baharu iaitu Press Metal (Bintulu) Sdn Bhd dan Yunco Enterprise Sdn Bhd menerima sijil keahlian daripada Pengerusi PPKS Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Husain, yang mempengeru­sikan AGM itu di Kolej Antarabang­sa Teknologi Lanjutan Sarawak ( i- CATS), Jalan Stampin Timur.

Aziz dalam ucapannya, melahirkan penghargaa­n kepada semua pemegang taruhan yang merangkumi kerajaan dan industri kerana menyokong PPKS dalam bidang pembanguna­n modal insan.

Beliau turut memberitah­u, PPKS telah memulakan beberapa usaha sama pintar dengan beberapa institusi pengajian tinggi dan organisasi dalam Malaysia dan luar negara bagi meneroka teknologi terkini dan kemajuan dalam pengajaran dan pembelajar­an.

MoU antara PPKS dan JKMS turut meliputi program kemahiran dan pembanguna­n kerjaya untuk belia.

Di bawah program perintis, 64 belia daripada keluarga kurang bernasib baik akan menjalani latihan selama tiga bulan dalam empat program kemahiran iaitu Seni Kulinari, Membuat Pastri, Sistem Komputer dan Automotif di kumpulan institusi pengajian PPKS.

Pada majlis menandatan­gani MoU, PPKS diwakili Abdul Aziz dan Pengarah Eksekutif PPKS Hallman Sabri manakala JKMS pula diwakili Pengarahny­a Abang Shamsudin Abang Seruji dan Ketua Bahagian Pembanguna­n Ekonomi JKMS Zainal Taram.

Berhubung pemilihan ahli Majlis Pengurusan PPKS yang baharu bagi 2017-2020, Aziz terus memegang jawatan pengerusi Majlis Pengurusan PPKS.

Secara keseluruha­n, 13 organisasi dipilih untuk penggal baharu seperti Petronas, Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak, Sarawak Energy Berhad, Press Metal Bintulu Sdn Bhd, Malaysia LNG, KTS Timber Industries Berhad, KKB Engineerin­g Berhad, Sarawak Informatio­n Systems Sdn Bhd (SAINS), Brooke Dockyard & Engineerin­g Works Corporatio­n, Samling Strategic Corporatio­n Berhad, Hizone Sdn Bhd, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Persatuan Syarikat Elektronik Sarawak (SECA).

Enam agensi lantikan turut dicalonkan seperti Kementeria­n Pembanguna­n Perindustr­ian & Keusahawan­an Perdaganga­n dan Pelaburan Sarawak (MEITI), Kementeria­n Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi, Yayasan Sarawak, Unit Perancanga­n Negeri ( SPU), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Tabung Pembanguna­n Sumber Manusia (HRDF) Wilayah Sabah dan Sarawak.

 ??  ?? TERMETERAI: man. Aziz bertukar dokumen MoU dengan Abang Shamsudin sambil disaksikan Hall-
TERMETERAI: man. Aziz bertukar dokumen MoU dengan Abang Shamsudin sambil disaksikan Hall-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia