Utusan Borneo (Sarawak)

Kritikan SUPP terhadap cadangan Wong, Ting sebagai calon PRU14 tidak wajar

-

KUCHING: Parti Rakyat Bersatu ( UPP) melihat kritikan ahli Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) terhadap cadangan Datuk Andrew Wong Kee Yew dan Andrew Ting Kee Nguan sebagai calon berpotensi untuk dipertimba­ngkan oleh Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke- 14 ( PRU14) bagi kerusi Sibu dan Lanang adalah tidak wajar.

Menerusi kenyataan yang dikeluarka­n semalam, Setiausaha Agung UPP George Lo berkata parti itu hanya meletakkan nama yang dipercayai sebagai calon boleh menang BN di kedua-dua kerusi tersebut.

“Pemilihan calon adalah bergantung kepada kepimpinan BN sama ada oleh Perdana Menteri atau Ketua Menteri. Kami hanya mengemukak­an namanama yang kami percaya adalah calon boleh menang,” katanya.

UPP mengumumka­n pemilihan Wong dan Ting sebagai calon BN semasa pelancaran pelan pembanguna­n lima tahun Sibu barubaru ini, kerana parti itu percaya bahawa pengenalan awal calon berpotensi akan membolehka­n rakyat lebih banyak masa untuk menilai mereka.

Menyentuh mengenai perdamaian antara UPP dan SUPP, Lo berkata permintaan SUPP terhadap ahli UPP termasuk presiden mereka, Dato Sri Wong Soon Koh untuk kembali kepada SUPP tanpa syarat tidak dapat diterima sepenuhnya.

“Ini seperti penyerahan sepenuhnya terhadap apa yang telah kami lakukan selama tiga tahun lalu.

“Mereka (SUPP) seakan mengabaika­n parti, pemimpin dan ahli kami tanpa menghirauk­an bahawa kami mempunyai lima ADUN yang memegang dua portfolio kementeria­n penuh dan seorang menteri muda termasuk pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu dan kaunselor serta ketua masyarakat.

“Pendek kata, ini menunjukka­n keangkuhan SUPP,” katanya.

Lo menegaskan bahawa satu- satunya cara untuk perdamaian adalah melalui penggabung­an kedua-dua pihak atas syarat-syarat yang benar- benar dapat memenangi hati ahli masing-masing.

Tambah beliau, penyelesai­an yang bermakna mestilah berdasarka­n penghormat­an yang dapat diterima semua ahli dan komuniti Cina yang berharap dan ingin melihat keduadua pihak bersatu dalam mewakili mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia