Utusan Borneo (Sarawak)

Beri peluang KM corak kepimpinan negeri

Dr Rayong ajak rakyat berdiri kukuh di belakang kepimpinan Abang Johari

- Oleh Frankie Junau

LIDONG (Betong): Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa mengajak rakyat berdiri kukuh di belakang kepimpinan Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

Menurut beliau, rakyat harus memberi peluang kepada Abang Johari mencorak kepimpinan negeri mengikut acuan beliau sendiri di samping meneruskan beberapa misi dan visi yang telah ditinggalk­an oleh Allahyarha­m Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

“Kita harus menaruh keyakinan tinggi kepada Abang Johari memimpin negeri ini terutama dalam memperjuan­gkan hak-hak Sarawak mengikut perjanjian dengan kerajaan persekutua­n yang sebelum ini agak terhakis,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Merarau Bersama Pemimpin anjuran Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) dan Biro Wanita Buyung Panjai di Rumah Mendali kelmarin.

Hadir sama ke majlis tersebut ialah Ahli Parlimen Lubok Antu Datuk William Nyalau Badak.

Tambahnya, tidak ada keraguan bahawa Abang Johari mempunyai keupayaan untuk memimpin negeri ini sambil dibantu barisan kabinet negeri yang sebelum ini terbukti berjaya meletakkan Sarawak daripada sebuah negeri yang mundur kepada

Kita harus menaruh keyakinan tinggi kepada Abang Johari memimpin negeri ini terutama dalam memperjuan­gkan hak-hak Sarawak mengikut perjanjian dengan kerajaan persekutua­n yang sebelum ini agak terhakis. ” Dr Johnical Rayong Ngipa ADUN Engkilili

negeri yang pesat membangun dan disegani di persada antarabang­sa.

“Maka itu, tidak syak lagi kita sentiasa dilimpahi dengan barisan kepimpinan yang berbakat, berdaya maju, proaktif serta prihatin dengan keperluan semasa rakyat negeri ini,” katanya.

“Sebagai orang lama dalam dunia politik pastinya Abang Johari faham dengan keperluan serta keinginan majoriti anak Sarawak terutama berkenaan 50 inisiatif yang dimulakan oleh arwah Tok Nan dan kini diteruskan oleh beliau,” ujarnya.

“Kini Abang Johari mengajak rakyat menceburi dan mendalami ilmu digital kerana menyedari bidang tersebut memberi impak besar terutama dalam memajukan perniagaan para usahawan di negeri ini,” katanya sambil menambah, ia selari dengan harapan kerajaan mahu melihat rakyat Sarawak berpendapa­tan tinggi menjelang 2030 dan mencapai status negeri maju.

Dr Rayong yang juga Ketua Pemuda Parti Rakyat Bersatu ( UPP) turut menekankan bahawa setiap ADUN mempunyai tanggungja­wab yang besar dalam merealisas­ikan pembanguna­n di kawasan masingmasi­ng.

“Perlu diingat bahawa polisi kerajaan kini adalah membangunk­an kawasan luar bandar agar selari dengan pembanguna­n di bandar.

“Justeru Ketua Menteri meletakkan amanah yang cukup besar kepada semua wakil rakyat BN agar setiap rakyat merasai impak pembanguna­n yang dibawa kerajaan.

“Maka itu, kami sebagai wakil rakyat BN diperuntuk sejumlah RM5 juta setahun untuk dibelanjak­an bagi membangunk­an kawasan DUN masing-masing dan wang tersebut diletakkan di bawah agensi kerajaan relevan untuk dibelanja mengikut keperluan,” katanya.

Pada majlis tersebut Dr Rayong menyampaik­an geran MRP kepada Chapel St Peter Kubu Mali sebanyak RM10,000, SK Ng Menjuau, Ulu Skrang juga RM10,000, PIBG Issu Bangat (RM10,000), PIBG SK Tabut ( RM5,000), PIBG SMK Kedit, Betong (RM5,000), JKKK Rumah Gaie (RM24,000), Biro Wanitanya RM5,000, Biro Wanita Buyung Panjai (RM5,000) sementara JKKK Rumah Mendali mendapat RM10,000 dan RM200,000 lagi untuk membina tempat parkir kenderaan yang dicadangka­n dalam RTP 2018.

Turut hadir SAO Ludan Lintong, Pembantu Khas William Nyalau Kaunselor Zaini Aji, wakil parti komponen BN, wakil jabatanjab­atan kerajaan, Penghulu Gerang Ancheh, para kaunselor, tuai-tuai rumah serta masyarakat sekitar DUN Engkilili.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Dr Rayong bersama Nyalau (berdiri lima kiri), Ludan (tiga kiri), Mendali (lima kanan) serta tetamu lain bergambar bersama ahli Kelab Gagong Betong yang menyambut ketibaan mereka di Rumah Mendali, Buyung Panjai, Lidong kelmarin.
UNTUK ALBUM: Dr Rayong bersama Nyalau (berdiri lima kiri), Ludan (tiga kiri), Mendali (lima kanan) serta tetamu lain bergambar bersama ahli Kelab Gagong Betong yang menyambut ketibaan mereka di Rumah Mendali, Buyung Panjai, Lidong kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia