Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk perlukan air bersih, jalan berturap

Penduduk sudah lama mohon, ada pihak berjanji membantu tetapi sehingga kini belum ditunai

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

MIRI: Penduduk Kampung Bulau, Kampung Mutap dan Kampung Sinop masih menghadapi masalah ketiadaan bekalan air bersih dan jalan kampung belum berturap.

Pesuruhjay­a PAS Sarawak Jofri Jaraiee berkata, mereka sudah lama memohon dan

Rata-rata penduduk kampung ditemui berasa kecewa kerana sudah banyak kali pilihan raya diadakan dengan janjijanji memberi peruntukan menyalurka­n air bersih.

ada pihak berjanji memberi bantuan tetapi sehingga kini masih belum ditunaikan.

“Rata-rata penduduk kampung ditemui berasa kecewa kerana sudah banyak kali pilihan raya diadakan dengan janji-janji memberi peruntukan menyalurka­n air bersih.

“Namun, sehingga kini hanya tinggal janji dan penduduk masih mengharapk­an bantuan sampai ke kampung itu seperti pernah dijanjikan,” katanya semalam.

Antara kampung yang tidak mempunyai bekalan air bersih ialah Kampung Mutap dan Kampung Sinop.

Mereka terpaksa menggunaka­n pam air yang disalurkan dari sungai berdekatan dan menggunaka­n air hujan untuk kegunaan harian.

“Air sungai yang keruh dan tidak bersih itu memang tidak baik untuk kesihatan dan mereka juga menghadapi masalah mendapatka­n air bersih terutama pada musim kemarau,” jelasnya.

Sementara itu, cara terdekat untuk sampai ke kampungkam­pung terbabit adalah melalui sungai dengan menggunaka­n bot enjin sangkut.

Apabila menggunaka­n jalan raya jaraknya agak jauh dari pekan Bekenu iaitu mengambil masa kira-kira 45 minit untuk sampai ke kampung kerana jalan kerikil dan jalan tidak rata melalui pintu masuk ke ladang kelapa sawit.

PAS menggesa kerajaan men- yalurkan bekalan air bersih dan menurap sepenuhnya jalan di kampung yang memerlukan.

Pada masa sama menyediaka­n kemudahan asas serta menjaga kesihatan penduduk daripada terus bergantung kepada air sungai yang keruh dan tidak baik untuk kesihatan.

Jofri Jaraiee Pesuruhjay­a PAS Sarawak

 ??  ?? PERLU PERHATIAN: Penduduk Kampung Bulau, Kampung Mutap dan Kampung Sinop memerlukan kemudahan asas seperti bekalan air bersih dan jalan raya.
PERLU PERHATIAN: Penduduk Kampung Bulau, Kampung Mutap dan Kampung Sinop memerlukan kemudahan asas seperti bekalan air bersih dan jalan raya.
 ??  ?? PADAM API: Salah seorang peserta melakukan demonstras­i pemadaman api sempena LKAMK di Piasau Konkrit Sdn Bhd, Jambatan Long Lama Sabtu lalu.
PADAM API: Salah seorang peserta melakukan demonstras­i pemadaman api sempena LKAMK di Piasau Konkrit Sdn Bhd, Jambatan Long Lama Sabtu lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia