Utusan Borneo (Sarawak)

PH jamin angkat Sarawak ke kedudukan setara jika menang PRU14

-

KUCHING: Pakatan Harapan (PH) memberi jaminan akan mengangkat Sarawak ke kedudukan setara yang sepatutnya sebagai rakan sama rata dalam Persekutua­n Malaysia jika pakatan itu memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

Jaminan tersebut disuarakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat ( PKR) Nurul Izzah Anwar, selain memberitah­u, PH juga akan memenuhi tuntutan hak lain kepada negeri ini.

“Sarawak sebagai rakan sama rata (dengan negerinege­ri di Semenanjun­g Malaysia)? Ia sudah pasti dan tidak menjadi isu. Kami (PH) akan memberi autonomi kepada Sabah dan Sarawak.

“Ini termasuk memulangka­n semua hak negeri yang telah terhakis oleh Putrajaya sejak 54 tahun lalu serta menaikkan royalti minyak dan gas daripada lima peratus sekarang kepada 20 peratus seperti yang dituntut negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi soal jawab pada Program Teh Tarik dan Borak Santai di Restoran Aroma Desa, Metrocity, di sini kelmarin.

Mengulas mengenai keterbukaa­n PKR untuk menjalin kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dipengerus­ikan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam PH, Nurul Izzah berkata, perkara tersebut seharusnya tidak menjadi kebimbanga­n sebaliknya memberi fokus ke atas perkara yang dapat dilakukan Tun Mahathir dalam PH.

“Rakyat Sarawak tidak harus memberi tumpuan kepada tindakan Dr Mahathir pada masa lampau, sebaliknya memberi fokus kepada apa yang beliau dapat sumbangkan dalam usaha PH mengguling­kan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan perikatan Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara.

“Sesiapa yang menerima agenda reformasi PH dan agenda rakyat, tidak harus ditolak. Agenda reformasi adalah perkara utama dalam PH dan itulah yang menjadikan kita adalah kita,” jelasnya.

Nurul Izzah juga pada masa sama menepis dakwaan bahawa Tun Dr Mahathir telah menggunaka­n agenda PH untuk keuntungan peribadi.

Katanya, jika keseriusan tidak ada dalam agenda reformasi dan jika pun Najib tersingkir, masalah di negara ini akan terus kekal disebabkan sistem yang sudah dilaksanak­an.

Beliau turut memberi jaminan kepada rakyat Sarawak yang kebanyakan­nya adalah bukan beragama Islam ba- hawa Malaysia akan kekal sebagai negara sekular jika PH memenangi PRU.

“Ia termaktub dalam perlembaga­an bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular dan Islam adalah agama rasmi dalam perlembaga­an. Menukar Malaysia kepada negara Islam adalah agenda Najib,” ujarnya.

Dalam sesi soal jawab tersebut, beberapa belia turut menyuaraka­n kesangsian sekiranya Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri semula, beliau akan memilih untuk memperkena­lkan dasar-dasar beliau ketika beliau berundur pada 2003.

Nurul Izzah juga berkongsi pengalaman­nya sebagai anak Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau ditolak oleh universiti tempatan terkemuka kerana beliau adalah anak Anwar dan melibatkan diri dalam politik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia