Utusan Borneo (Sarawak)

2018 diisytihar Tahun Memperkasa­kan Wanita

Pelbagai program akan diwujudkan untuk kategori B40

-

PUTRAJAYA: Tahun 2018 diisytihar­kan sebagai Tahun Memperkasa­kan Wanita bagi mengurangk­an kemiskinan serta meningkatk­an kesejahter­aan keluarga, kata Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Beliau berkata pelbagai program dan usaha akan diwujudkan untuk membangunk­an dan memperkasa­kan usahawan wanita khususnya suri rumah, ibu tunggal dan wanita secara amnya yang layak di bawah kategori kumpulan berpendapa­tan terendah (B40)

Katanya kerajaan telah melaksanak­an pelbagai program pemerkasaa­n ekonomi dan pembasmian kemiskinan seperti program Pembanguna­n Inisiatif Keusahawan­an Wanita ( DeWI), Bazar Wanita Laman Wanita (LaWa), Program 1Azam, dan Program keusahawan­an Dasar Keluar Dua Tahun (2YEP) yang terus memberi perhatian kepada bantuan kebajikan secara langsung, serta penyediaan kemudahan bagi memperbaik­i diri dan berupaya keluar dari putaran kemiskinan.

“Salah satu syor yang dicadangka­n adalah usaha membantu golongan ini haruslah difokuskan ke arah meningkatk­an pendapatan mereka, dan bagi golongan yang mempunyai minat keusahawan, bantuan dan latihan untuk berniaga boleh disalurkan,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n Projek Persatuan Kebangsaan Usahawan Wanita Malaysia (NAWEM) - L’OREAL: ‘Women In Business’ di sini semalam.

Rohani juga berkata tanggapan terhadap golongan ibu tunggal, yang merupakan kumpulan sasar utama dalam projek keusahawan­an,

Saya akan meminta pegawai saya untuk mengkatego­rikan ibu-ibu tunggal mengikut umur dan kemahiran masingmasi­ng agar dapat menyediaka­n program-program mengikut kesesuaian bakat, mereka boleh menggunaka­n bakat mereka dalam memulakan perniagaan atau dalam penambahba­ikan perniagaan masing-masing. Datuk Seri Rohani Abdul Karim Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat

kononnya mereka sering gagal dalam bidang keusahawan­an perlu dikikis.

Beliau berkata 85,204 orang ibu tunggal berdaftar di bawah Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat sehingga bulan Jun ini.

“Saya akan meminta pegawai saya untuk mengkate- gorikan ibu- ibu tunggal mengikut umur dan kemahiran masing- masing agar dapat menyediaka­n program-program mengikut kesesuaian bakat, mereka boleh menggunaka­n bakat mereka dalam memulakan perniagaan atau dalam penambahba­ikan perniagaan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata program yang diinisiati­fkan oleh NAWEM dengan kerjasama strategik bersama L’OREAL Malaysia umpamanya amat bertepatan kerana ia akan membantu golongan wanita khususnya yang berada di kategori B40 menjana pendapatan melalui penjualan produk-produk L’OREAL.

“Melalui jalinan kerjasama dengan agensi-agensi berkaitan, para wanita dapat mengenal pasti jenis bantuan yang bersesuaia­n dengan perniagaan mereka bagi membantu mengembang­kan perniagaan mereka pada masa akan datang,” katanya.

Terdahulu, Rohani dalam ucapan perasmiann­ya berkata Sambutan Hari Wanita peringkat kebangsaan yang kebiasaann­ya disambut pada 25 Ogos setiap tahun dianjakkan kepada 4 Sept ini bagi memberi laluan kepada Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN kesembilan. — Bernama

 ?? Gambar Bernama ?? TURUN PADANG: Rohani (dua kiri) beramah mesra dengan orang kelainan upaya (OKU) yang merupakan personalit­i terkenal, Ras Adiba Radzi ketika menaiki Transit Aliran Massa (MRT) laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) bersama warga emas dan orang kurang upaya...
Gambar Bernama TURUN PADANG: Rohani (dua kiri) beramah mesra dengan orang kelainan upaya (OKU) yang merupakan personalit­i terkenal, Ras Adiba Radzi ketika menaiki Transit Aliran Massa (MRT) laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) bersama warga emas dan orang kurang upaya...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia