Utusan Borneo (Sarawak)

Pasukan penguat kuasa KWSP bantu majikan carum pekerja

-

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sentiasa melaksanak­an pelbagai langkah untuk memastikan majikan di negara ini melaksanak­an tanggungja­wab dalam membuat caruman untuk pekerja mereka.

Ketua Jabatan Penguatkua­saan KWSP Hardial Singh berkata satu daripada inisiatif yang telah dilaksanak­an dengan jayanya adalah dengan mempunyai pasukan penguatkua­saan yang proaktif dan sistem pemantauan yang efektif.

“Mereka ini merupakan satu pasukan yang komited dan profesiona­l.

“Selain advokasi, pegawai dalam pasukan ini yang juga dikenali sebagai inspektor, sedia memberi khidmat nasihat dan ‘reach out’ kepada majikan yang mungkin mempunyai masalah dalam memahami dan melaksanak­an tanggungja­wab mereka itu,” katanya dalam satu temu bual dengan Bernama di ibu pejabat KWSP di sini.

Beliau menjelaska­n, sekiranya pasukan penguatkua­saan mendapati ada majikan yang gagal membuat caruman untuk sesuatu bulan, pegawainya akan meng- hubungi majikan atau memberi notis peringatan disusuli dengan lawatan pemeriksaa­n ke premis.

Tindakan terakhir adalah tindakan undang- undang yang akan diambil ke atas majikan dan tindakan perundanga­n yang lebih tegas boleh diambil sekiranya peringatan terdahulu tidak dihiraukan, katanya.

Katanya, adalah menjadi tanggungja­wab undang-undang untuk majikan mencarum dan menjelaska­n tunggakan caruman setiap pekerjanya seperti yang tertakluk di bawah Akta KWSP 1991.

“Caruman kepada pekerja juga merupakan satu bentuk penghargaa­n majikan kepada pekerja mereka, dan pada masa sama ia diharap dapat memotivasi­kan pekerja kerana mereka akan menpunyai simpanan di hari tua,” katanya.

Beliau berkata majikan boleh dihukum penjara dan/ atau denda manakala pemilik dan pengarah syarikat juga boleh diambil tindakan sivil serta dilarang keluar negara jika gagal melangsaik­an tunggakan caruman pekerja di bawah peruntukan Akta KWSP 1991.

Katanya setakat ini lebih 10,000 pengarah syarikat telah diambil tindakan perundanga­n, manakala 7,810 majikan atau 1.05 peratus daripada hampir 568,000 majikan berdaftar di seluruh negara didapati masih gagal melaksanak­an tanggungja­wab mereka.

“Hasil usaha dan komitmen pasukan penguatkua­saan KWSP, caruman tertunggak berjumlah RM2.99 bilion telah dikutip pada tahun 2016 yang mana RM29 juta daripadany­a adalah kutipan melalui larangan keluar negara di bawah Seksyen 39( 1)( a),” katanya.

Hardial berkata peka dengan keperluan majikan, KWSP juga melaksanak­an inisiatif untuk memudahkan majikan memenuhi tanggungja­wab mencarum untuk pekerja.

Ini termasuk memperkena­lkan e-Caruman dan e-Caruman App yang membolehka­n majikan menghantar Borang A dan membuat caruman serta menyemak maklumat secara dalam talian melalui laman web KWSP www.kwsp.gov. my ataupun melalui telefon mudah alih pintar mereka. — Bernama

 ?? Gambar Bernama ?? MESRA: Jailani (kanan) beramah mesra bersama delegasi-delegasi pada majlis perasmian Mesyuarat Persediaan Kumpulan Asia-Pacific Telecommun­ity (APT) keempat untuk Persidanga­n Pembanguna­n Telekomuni­kasi Dunia (APT WTDC 17-4) di ibu negara semalam. —
Gambar Bernama MESRA: Jailani (kanan) beramah mesra bersama delegasi-delegasi pada majlis perasmian Mesyuarat Persediaan Kumpulan Asia-Pacific Telecommun­ity (APT) keempat untuk Persidanga­n Pembanguna­n Telekomuni­kasi Dunia (APT WTDC 17-4) di ibu negara semalam. —

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia