Utusan Borneo (Sarawak)

Jabatan k’jaan disaran bekerjasam­a dengan media salur maklumat

-

KOTA BHARU: Jabatan dan agensi kerajaan disaran menjalin hubungan akrab dengan pihak media bagi memudahkan saluran maklumat dengan olahan yang mudah difahami rakyat.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata jabatan dan agensi kerajaan perlu bijak menggunaka­n kepakaran pihak media bagi memastikan maklumat disampaika­n secara lebih berkesan.

“Hubungan intim antara media dan jabatan kerajaan perlu sentiasa ada dan dipe- lihara kerana kebanyakan jabatan ‘sukar untuk hidup tanpa media’ malah dengan sokongan media peranan setiap jabatan lebih ‘hidup’,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Anugerah Kewartawan­an Kelantan 2016 di sini, malam kelmarin.

Mustapa yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Persekutua­n Negeri Kelantan berkata, terdapat sesetengah pihak memarahi media kerana berita mengenai mereka tidak disiarkan.

“Di sinilah pentingnya hubungan dengan media. Saya dahulu sentiasa men- gadakan pertemuan dengan ketua-ketua pengarang media bagi bertanyaka­n tentang isuisu semasa,” katanya.

Beliau berkata media juga memainkan peranan penting dalam menjelaska­n kepada rakyat sesuatu isu yang timbul dalam negara ini supaya kesejahter­aan dan keharmonia­n terus kekal.

Mustapa berkata pengamal media memahami ‘sempadan’ dan kalau ada yang melampaui batas maka tindakan tegas akan dikenakan oleh Kementeria­n Dalam Negeri.

“Di negara luar, banyak laporan tidak bertanggun­gja- wab dan kita di sini bernasib baik kerana media masih memainkan peranannya dengan baik. Saya gembira kerana media memahami dan banyak membantu dalam menyampaik­an segala aspirasi kerajaan dan berharap hubungan dengan media akan berkekalan,” katanya.

Pada Majlis Anugerah Kewartawan­an Kelantan 2016 itu, Jurufoto Bernama Kelantan Zahari Abdul Razak, 54, menerima Anugerah Sepanjang Hayat dengan pengalaman selama 30 tahun dalam bidang fotografi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia