Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan sentiasa utama pembanguna­n modal insan di luar bandar, pedalaman

-

SADONG JAYA: Kerajaan sentiasa menitikber­atkan pembanguna­n modal insan terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan Awla Dris berkata, buktinya kerajaan menerusi Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) melaksanak­an pelbagai inisaitif untuk membangunk­an modal insan di Sarawak termasuk menaik taraf sekolah daif di negeri ini.

“Saya amat berterima kasih kepada kerajaan kerana telah menyalurka­n peruntukan untuk menaik taraf sekolah di kawasan ini seperti Sekolah Kebangsaan Haji Bujang Rangawan Putin ini.

“Dengan siapnya bangunan baharu sekolah ini, saya pasti anak-anak di kawasan sekitar dapat menikmati kemudahan pembelajar­an yang lebih selesa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis penyerahan bangunan baharu Sekolah Kebangsaan Haji Bu- jang Rangawan Putin di sini baru-baru ini.

Malah, Awla memberitah­u ia turut membuktika­n kerajaan pusat tidak mengabaika­n pembanguna­n modal insan di negeri ini terutama sekolah di luar bandar dan pedalaman.

Pada masa sama beliau turut melahirkan rasa gembira dengan pembinaan bangunan baharu sekolah tersebut yang mengikut jadual ditetapkan.

“Kita dimaklumka­n kos untuk membina sekolah ini adalah berjumlah RM1.5 juta dengan menggunaka­n Sistem Bindaan Berindustr­i (IBS).

“Projek ini bermula April lalu dan siap mengikut jadual ditetapkan. Terima kasih kepada kerajaan persekutua­n dan kerajaan negeri kerana telah meluluskan projek ini,” ujarnya.

Majlis penyerahan bangunan sekolah itu disempurna­kan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof.

 ??  ?? SIAP: Awla ditemani Khair (duduk, tengah) dan tetamu kehormat lain serta warga sekolah merakam kenangan di hadapan bangunan baharu Sekolah Kebangsaan Haji Bujang Rangawan Putin, Sadong Jaya.
SIAP: Awla ditemani Khair (duduk, tengah) dan tetamu kehormat lain serta warga sekolah merakam kenangan di hadapan bangunan baharu Sekolah Kebangsaan Haji Bujang Rangawan Putin, Sadong Jaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia