Utusan Borneo (Sarawak)

Kemudahan awam sewajarnya dilindungi dan dimanfaatk­an

-

KABONG: Kemudahana­wam merupakan hak bersama yang sewajarnya dilindungi dan dimanfaatk­an sebaik mungkin, kata Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Kabong Mohd Chee Kadir.

Katanya, tahap kesedaran masyarakat memulihara dan menjaga kemudahan awam kini semakin kurang sehingga menyebabka­n kebanyakan kemudahan itu menjadi mangsa vandalisme.

“Masyarakat perlu sedar bahawa kerajaan memperuntu­kkan banyak peruntukan bagi menyediaka­n kemudahan awam untuk keperluan semua pihak.

“Justeru, adalah tidak wajar kemudahan tersebut dibazirkan dengan tindakan tidak berfaedah dan tidak bertanggun­gjawab iaitu memusnahka­n kemudahan awam.

“Kesedaran pentingnya menjaga kemudahan awam ini perlu diperkukuh agar kemudahan seperti tandas, padang, telefon dan kemudahan-kemudahan lain dapat digunakan dan dinikmati bersama sampai bila-bila,” katanya pada Majlis Perasmian Projek-Projek Pembanguna­n Daerah Kabong di sini.

Mohd Chee turut menggesa penduduk menghargai segala kemudahan awam diwujudkan kerajaan demi kebaikan bersama.

“Kerajaan menyediaka­n kemudahan awam dengan kos besar, hargailah dan gunakan segala kemudahan sebaik mungkin. Tanamkan di jiwa kita semangat cintakan kemudahan awam.

“Jangan dirosakkan kerana menjadi gambaran minda kita masih di takuk bawahan dan menunjukan sikap kurang baik masyarakat di sini,” katanya.

Pada majlis itu, Mohd Chee turut merasmikan Padang Bola Sepak Awam Kabong bernilai RM798,500.

Beliau turut menyerahka­n kunci rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) kepada 12 penerima setiap sebuah bernilai RM68,000.

Turut diumumkan projek baik pulih rumah kepada 105 peserta dan siap sepenuhnya dengan kos bernilai RM11,000 bagi setiap peserta.

Untuk kedua-kedua projek tersebut semuanya menelan kos sejumlah RM2.7 juta.

Turut diumumkan pembinaan sebuah taman permainan kanak-kanak di bawah Projek Transforma­si Luar Bandar (RTP) bernilai RM200,000 dan dimulakan kerja-kerja pembinaan dalam masa terdekat.

Hadir sama Pegawai Daerah Kabong Kamaludin Alkap.

 ??  ?? ULANG TAHUN: (Baris depan, empat kiri) Wong, Daphne, Andrew dan Nurul Huda bersama yang lain memotong kek sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-60 JCI Sibu, malam kelmarin.
ULANG TAHUN: (Baris depan, empat kiri) Wong, Daphne, Andrew dan Nurul Huda bersama yang lain memotong kek sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-60 JCI Sibu, malam kelmarin.
 ??  ?? TURUN PADANG: Mohd Chee bersama tetamu memeriahka­n Majlis Perasmian Projek-Projek Pembanguna­n Daerah Kabong.
TURUN PADANG: Mohd Chee bersama tetamu memeriahka­n Majlis Perasmian Projek-Projek Pembanguna­n Daerah Kabong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia