Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk rumah panjang kini boleh memilih tuai rumah pilihan sendiri

-

JULAU: Penduduk rumah panjang kini boleh memilih tuai rumah (ketua rumah panjang) pilihan mereka sendiri.

Ahli Parlimen Julau Datuk Joseph Salang Gandum berkata mereka boleh mengemukak­an atau mencadangk­an tuai rumah yang dipersetuj­ui secara bersama ke pejabat daerah masingmasi­ng.

“Pejabat daerah kemudian memajukan nama tuai rumah dipilih ke pejabat residen untuk penilaian sebelum keputusan akhir dibuat,” katanya pada sesi bertemu rakyat di Rumah Barak, Lubok Ranggir, Hulu Merurun dekat sini kelmarin.

Salang berkata, pentadbira­n negeri juga bersetuju menggunaka­n kaedah tersebut bagi menggantik­an pemilihan yang dibuat oleh ahli politik.

“Kaedah ini turut dipersetuj­ui Allahyarha­m Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem semasa perjumpaan saya dengan beliau di pejabatnya beberapa bulan sebelum beliau meninggal dunia,” kata Salang.

Menurutnya, ketika ini ramai ketua rumah panjang terdiri golongan muda serta mempunyai kelayakan akademik.

Jelasnya, perubahan ini memberi kelebihan kepada penduduk rumah panjang kerana mereka (tuai rumah) dapat memainkan peranan dari segi membawa perubahan dan kemajuan lebih baik.

“Tetapi saya inginkan mereka supaya melawat dan bersemuka dengan semua pegawai kerajaan dan wakil rakyat di kawasan.

“Mereka harus memahami lebih jelas semua dasar dan program pembanguna­n relevan agar dapat menjana pendapatan sekali gus menaik taraf sosioekono­mi rakyat,” ujarnya.

Beliau juga menasihati tuai rumah yang memohon program atau dana tertentu supaya mengikuti lawatan berkala untuk menunjukka­n kesungguha­n dan komitmen mereka.

Salang kemudian melawat dua rumah panjang lain di kawasan tersebut.

 ??  ?? CENDERAMAT­A: Salang (tiga kanan) menerima cenderamat­a daripada Tuai Rumah Barak (kiri) pada lawatan tersebut.
CENDERAMAT­A: Salang (tiga kanan) menerima cenderamat­a daripada Tuai Rumah Barak (kiri) pada lawatan tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia