Utusan Borneo (Sarawak)

Dua beranak ditahan miliki 500kg daun ketum

-

GERIK: Polis menahan dua beranak selepas menjumpai 500 kilogram (kg) daun ketum bernilai RM20,000 dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang ditahan di KM 41 Jalan Gerik-Jeli, Jumaat lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gerik DSP Mohd Sohaimi Ishak berkata wanita berumur 44 tahun serta anak perempuann­ya berumur 16 tahun ditahan setelah kereta Toyota Alphard yang dipandu seorang lelaki terbabas pada pukul 6.15 pagi.

Beliau berkata kejadian itu berlaku ketika anggota polis yang menaiki sebuah kereta peronda mengarahka­n lelaki terbabit memberhent­ikan kenderaann­ya, namun suspek enggan berbuat demikian.

“Kenderaan MPV itu terus memecut laju menghala ke Jeli sehingga menyebabka­nnya terbabas. Dua wanita yang keluar dari kenderaan itu ditahan manakala pemandunya melarikan diri ke dalam hutan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik di sini semalam.

Katanya, hasil pemeriksaa­n polis menjumpai 15 bungkusan plastik hitam mengandung­i daun ketum di bahagian tempat duduk belakang ken- deraan itu.

Mohd Sohaimi berkata wanita berkenaan yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau memberitah­u polis bahawa dia yang baru mengenali lelaki terbabit diajak ke Sik, Kedah untuk mengambil daun ketum dengan dibayar upah RM200.

“Wanita terbabit direman seminggu sehingga Khamis ini manakala anaknya yang masih bersekolah telah dibebaskan dengan ikat jamin,” katanya.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum empat tahun atau boleh didenda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan serta Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau didenda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mohd Sohaimi berkata polis sedang mengesan suspek lelaki itu dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tentangnya diminta melaporkan­nya di balai polis berhampira­n.

Katanya, polis telah merampas 407 kg daum ketum membabitka­n 10 kes dalam tempoh tujuh bulan sejak Januari tahun ini manakala 333 kg daun ketum dirampas membabitka­n enam kes dalam tempoh sama tahun lepas. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BAHAN BUKTI: Mohd Sohaimi (tiga kiri) menunjukka­n antara 500 kg daum ketum yang dirampas bernilai RM20,000 di KM 41 Jalan Gerik -Jeli pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Gerik dekat Gerik, semalam.
— Gambar Bernama BAHAN BUKTI: Mohd Sohaimi (tiga kiri) menunjukka­n antara 500 kg daum ketum yang dirampas bernilai RM20,000 di KM 41 Jalan Gerik -Jeli pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Gerik dekat Gerik, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia