Utusan Borneo (Sarawak)

Abai anak: Suami isteri dibebas dengan jaminan polis

-

JOHOR BAHRU: Ibu bapa kepada kepada tiga kanakkanak yang diselamatk­an Jabatan Kebajikan Masyarakat ( JKM) di kediaman mereka di Larkin Perdana di sini, lima hari lepas, dibebaskan dengan jaminan polis selepas selesai memberi keterangan.

Ketua Polis Johor Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata kedua-dua pasangan yang berasal dari Sabah itu, berusia 32 dan 21 tahun, ditahan di rumah mereka di Larkin pada jam 10 malam kelmarin.

“Mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 3 Akta Kanak-Kanak 2001.

Kertas siasatan berhubung kes itu telah dibuka dan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutny­a.

“Pihak polis mengambil semua keterangan, termasuk keterangan membela diri mereka kerana pihak polis perlu adil, dan berdasarka­n kenyataan, mereka baharu sahaja menetap di sini dan baharu sahaja bekerja,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja rasmi ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan (JBS) di sini semalam. Wan Ahmad Najmuddin berkata, kedua-dua ibu bapa berkenaan juga ada menyatakan bahawa perkara tersebut hanyalah rekaan yang dilakukan oleh jiran mereka.

“Memang mereka ada mengeluark­an pembelaan tersebut tetapi apapun pihak polis akan siasat, ada beberapa faktor yang perlu kami lihat dan perlu bertindak adil jadi biarkan kami jalankan tugas kami dahulu,” katanya.

Tambahnya, keduadua pasangan berkenaan dilepaskan dengan jaminan polis kerana mempunyai seorang lagi anak berusia satu tahun yang masih menyusu.

Dalam kejadian 3 Ogos lalu, tiga beradik iaitu dua perempuan dan seorang lelaki berusia setahun hingga enam tahun, diselamatk­an Jabatan Kebajikan Masyarakat selepas dipercayai menjadi mangsa pengabaian ibu bapa mereka.

Kisah mengenai tiga adikberadi­k itu turut tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi netizen. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia