Utusan Borneo (Sarawak)

Majikan semakin yakin terhadap graduan TVET

Kadar gaji permulaan graduan TVET meningkat 10 peratus

-

PUTRAJAYA: Majikan semakin yakin terhadap kemahiran graduan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional ( TVET) sejak transforma­si TVET dilaksanak­an pada 2013, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata buktinya kadar gaji permulaan graduan TVET telah meningkat sebanyak 10 peratus kepada RM1,800 hingga RM2,000 ketika ini, berbanding 2013.

“Ada juga graduan TVET yang mendapat gaji permulaan sehingga RM2,600 terutama di syarikat antarabang­sa.

“Ini menunjukka­n majikan mula yakin dengan produk keluaran TVET dan saya harap trend ini akan berterusan untuk mewujudkan ekonomi berpendapa­tan dan berteknolo­gi tinggi yang tidak hanya bersandar kepada laluan akademik sahaja,” katanya kepada pemberita selepas majlis Konvokesye­n Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS), di sini semalam. Seramai 6,226 graduan dalam pelbagai bidang dan peringkat pengajian menerima diploma dan sijil masing-masing pada konvokesye­n kali ke-13 ILKBS itu.

Khairy berkata kadar kebolehpas­aran graduan ILKBS yang mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian pada tahun lepas telah meningkat kepada 92 peratus berbanding 83 peratus pada 2013.

Bagaimanap­un, katanya beberapa aspek dalam pembelajar­an perlu diperbaiki bagi meningkatk­an kemahiran

Ada juga graduan TVET yang mendapat gaji permulaan sehingga RM2,600 terutama di syarikat antarabang­sa. Khairy Jamaluddin Menteri Belia dan Sukan

graduan terutama dalam berkomunik­asi dan menggunaka­n bahasa Inggeris bagi memenuhi kehendak industri.

Justeru, beliau berkata ILKBS akan melaksanak­an program ‘20:50’ yang menetapkan sebanyak 50 peratus kursus kemahiran terutama bagi bidang perkhidmat­an dan barisan hadapan menggunaka­n bahasa Inggeris sebagai medium pengajaran dan pembelajar­an menjelang tahun 2020.

“Ketika ini segala aspek pembelajar­an menggunaka­n bahasa Melayu. Bukan bermaksud kita ketepikan bahasa kebangsaan tetapi ini perlu bagi mereka di alam peker- jaan terutamany­a jika bekerja di syarikat antarabang­sa,” jelasnya.

Khairy berkata bagi memastikan ILKBS terus kekal sebagai institusi TVET unggul, kementeria­n akan mewujudkan ‘City Campus’ bagi membantu belia menjana pendapatan di samping menjalani latihan jangka pendek dan fleksibel.

Lokasi sasaran kampus berkonsepk­an ‘ industry oriented’, ‘quick industryma­rket pactice’ itu adalah di bandar- bandar besar dan dijangka mampu meningkatk­an jumlah pekerja berkemahir­an sederhana dan tinggi bagi memacu operasi industri menjelang 2020, katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TAHNIAH: Khairy (dua kanan) dan timbalanny­a, Datuk M. Saravanan beramah mesra dengan penerima Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruha­n Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) Mohamad Nasri Ahmad Maidin dari Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara...
— Gambar Bernama TAHNIAH: Khairy (dua kanan) dan timbalanny­a, Datuk M. Saravanan beramah mesra dengan penerima Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruha­n Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) Mohamad Nasri Ahmad Maidin dari Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia