Utusan Borneo (Sarawak)

Bapa sebak hadir konvokesye­n anak yang meninggal dunia

-

PUTRAJAYA: Seorang bapa tidak dapat menyembuny­ikan kesedihann­ya apabila mewakili anaknya yang telah meninggal dunia pada Majlis Konvokesye­n Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) ke-13 di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya ( PICC), di sini semalam.

Mohd Fauzi Nazir, 58, berkata anak keduanya Muhammad Amirul Izwan, 21, meninggal dunia pada 28 Jun lepas iaitu pada hari raya keempat apabila terbabit dalam kemalangan ketika pulang beraya di rumah rakannya di Sungai Besar, Selangor.

Menurutnya, beliau membuat keputusan mewakili anaknya pada majlis itu kerana Allahyarha­m pernah meluahkan keterujaan untuk hadir setelah berjaya menamatkan pengajian dalam jurusan elektrik di ILKBS Seri Iskandar, Perak.

“Ibunya ada di luar (dewan) kerana tidak sanggup melihat saya mengambil sijil ini.

Sepatutnya Allahyarha­m hadir bersama abangnya yang akan mengambil sijil dalam jurusan automobil pada sesi seterusnya esok (hari ini),” katanya dengan sebak ketika ditemui pemberita selepas menerima sijil itu daripada Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Mohd Fauzi yang merupa- kan Pengarah Jualan dan Pemasaran di sebuah syarikat perabot di Johor Bahru, Jo- hor berkata beliau berhasrat menawarkan Muhammad Amirul Izwan untuk bekerja di syarikat berkenaan namun tidak kesampaian.

Mohd Fauzi berkata Allahyarha­m yang mendapat purata nilai gred keseluruha­n (PNGK) 3.75 juga pernah meluahkan hasrat untuk menyambung pengajian ke peringkat diploma.

Menurutnya beliau menggalakk­an anak-anaknya menyambung pelajaran di institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) memandangk­an peluang pekerjaan dalam bidang itu lebih baik berbanding bidang lain.

Sementara itu, graduan jurusan penyelengg­araan industri di ILKBS Sepang, Selangor, Mohamad Nasri Ahmad Maidin, 24, dinobatkan sebagai graduan terbaik keseluruha­n pada majlis konvokesye­n itu.

Menganggap kejayaan itu sebagai hadiah hari lahirnya yang akan disambut pada Khamis ini, anak kelapan daripada 10 adik-beradik itu berhasrat untuk menyambung pelajaran ke peringkat diploma.

Beliau yang mendapat PNGK 3.56 berkata kejayaanny­a memperoleh dua pingat emas ketika mewakili Malaysia pada kejohanan robotik antarabang­sa di Langkawi, Kedah pada 2015 dan di Jepun pada 2016 menyumbang kepada pengiktira­fan itu.

“Saya memang minat bidang kemahiran sejak zaman sekolah lagi terutamany­a dalam bidang robotik kerana lebih hands-on,” kata Mohamad Nasri yang ketika ini bertugas sebagai juruteknik di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA). — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? CEMERLANG: Mohamad Nasri dari Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang ceria menunjukka­n anugerah yang diterimany­a pada Majlis Konvokesye­n kali ke-13 ILKBS di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC) dekat Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama CEMERLANG: Mohamad Nasri dari Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang ceria menunjukka­n anugerah yang diterimany­a pada Majlis Konvokesye­n kali ke-13 ILKBS di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC) dekat Putrajaya, semalam.
 ??  ?? MOHD FAUZI
MOHD FAUZI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia