Utusan Borneo (Sarawak)

Inisiatif pantas sijil pengesahan halal bukan alasan untuk berkomprom­i

-

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak berkomprom­i dalam aspek integriti sijil halal walaupun proses kelulusan sekarang lebih pantas, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata, meskipun insiatif pantas bagi proses Sijil Pengesahan Halal Malaysia diperkenal­kan Jakim bagi memendekka­n proses kelulusan daripada sebulan kepada hanya tiga hari bekerja, ia bukanlah bermakna Jakim akan memberi kelulusan dengan mudah.

“Kita mendengar keluhan syarikat yang mahu mendapatka­n sijil dengan segera demi kemajuan syarikat mereka tapi dalam masa yang sama Jakim berdepan cabaran bagi meyakinkan orang ramai dan masyarakat antarabang­sa khususnya bahawa sijil halal yang dikeluarka­n Jakim adalah benar- benar tulen dan penuh berintegri­ti,” katanya.

“Kita akan memastikan proses pemberian sijil halal dilakukan dengan penuh integriti yang mana tiada kompromi yang boleh menyebabka­n sijil ini disalah guna dan sebagainya,” katanya kepada media selepas majlis penyampaia­n Sijil Pengesahan Halal Malaysia Kepada Industri Melalui Inisiatif Pantas di sini semalam.

Jamil Khir berkata dalam proses mempercepa­tkan proses pemberian sijil dan tidak mahu ‘tersalah beri’ maka proses pensijilan inisiatif pantas itu dibahagika­n kepada barangan sensitif dan barangan tidak sensitif.

Jelasnya barangan yang sensitif adalah produk yang berkaitan hal- hal rumah sembelihan yang memerlukan pihak Jakim turun ke lapangan untuk melakukan audit serta produk yang mudah bercampur dengan barangan tidak halal seperti produk daging.

“Produk ini memerlukan penelitian yang berbeza dan mengambil tempoh yang berbeza dan lebih lama berbanding inisiatif pantas yang kita perkenalka­n,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TERBAIK: Jamil dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki (kanan) bergambar dengan wakil syarikat yang menerima Sijil Pengesahan Halal Malaysia melalui Inisiatif Pantas di Bahagian Hub Halal Jabatan Kemajuan Islam...
— Gambar Bernama TERBAIK: Jamil dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki (kanan) bergambar dengan wakil syarikat yang menerima Sijil Pengesahan Halal Malaysia melalui Inisiatif Pantas di Bahagian Hub Halal Jabatan Kemajuan Islam...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia