Utusan Borneo (Sarawak)

Terapkan ajaran al-Quran pada anggota keluarga

-

PUTRAJAYA: Golongan anak muda haruslah diasuh dengan pendidikan al-Quran bermula dengan ajaran daripada ibu bapa, supaya roh mereka sebati dengan ajaran agama Islam, kata penceramah Ustaz Safri Md Zain.

Beliau berkata keluarga merupakan institusi yang penting dalam membentuk akhlak anak-anak dan remaja khususnya yang memerlukan bimbingan ketika golongan itu sering dikaitkan dengan masalah sosial.

“Kes-kes seperti buli dan vandalisme dalam kalangan anak remaja adalah satu daripada contoh yang mana hati mereka telah mati (kepada perkara kebaikan).

“Walaupun negara telah 60 tahun merdeka, namun dalam hati mereka masih lagi dijajah kerana tidak mengikuti ajaran al-Quran dan tidak mencintai Allah,” katanya pada majlis Breakfast Talk # Quran Hour, Interaksi Surah Yasin dan Kemerdekaa­n di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini semalam.

Namun, katanya, masih ada harapan untuk ibu bapa membimbing anak-anak ke jalan yang benar dengan menjadi diri mereka sendiri sebagai model kepada anakanak mereka.

Katanya perkara itu dinyatakan dalam al- Quran Surah Al-Baqarah ayat 133 yang mana ia menunjukka­n Nabi Ibrahim telah berjaya mendidik anak-anak untuk mengikut ajaran al- Quran sebagaiman­a Baginda menunjukka­n contoh tauladan kepada anak-anaknya.

Untuk itu, katanya, ibu bapa haruslah mendidik anak-anak untuk mencintai al- Quran dan mempunyai kefahaman dalam setiap isi ayat-ayat suci itu serta beramal dengannya.

Majlis yang dihadiri kirakira 120 peserta itu dimulakan dengan bacaan Surah Yassin oleh Penasihat Program Gema Wahyu, Merdeka Quran Hour Ahmad Tarmizi Abdul Rahman dan disusuli dengan tafsir ayat tersebut disampaika­n oleh Safri yang juga Penasihat Modul Rumah Ngaji dan Quran Hour.

#WorldQuran­Hour akan diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur bermula pukul 8.30 malam pada 31 Ogos ini.

Selain itu, bacaan al-Quran juga akan diadakan secara serentak di masjid di seluruh negara selama satu jam bersempena ibadah wukuf di Arafah pada 9 Zulhijjah ini yang secara kebetulan jatuh pada sambutan Hari Kebangsaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia