Utusan Borneo (Sarawak)

PICKnGO mudahkan pengguna tempah teksi

Muat turun aplikasi untuk mendapatka­n perkhidmat­an teksi dalam masa yang pantas

-

KUALA LUMPUR: Pengguna kini berpeluang menikmati perkhidmat­an tempahan teksi dengan lebih mudah dan selesa dengan pelancaran aplikasi PICKnGO.

Hasil kolaborasi lima syarikat teksi tempatan iaitu New Supercab Sdn Bhd, Uptownace (M) Sdn Bhd, Damai Kota Cab Sdn Bhd, Syarikat Pemandu dan Pemilik Teksi Bhd dan Perniagaan Lima Sejati Sdn Bhd, PICKnGO memudahkan pengguna untuk menempah teksi hanya dengan memuat turun aplikasi tersebut dan mendapatka­n perkhidmat­an teksi dalam masa yang pantas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri ketika melancarka­n aplikasi itu berkata PICKnGO memberi kelebihan bukan sahaja kepada pengguna tetapi juga pemandu-pemandu teksi untuk mendapatka­n penumpang dan menjana pendapatan lebih melalui penggunaan teknologi.

“Dengan pengenalan aplikasi PICKnGO, adalah diharapkan bahawa kebajikan pemandu dapat terus ditingkatk­an dan membantu mereka mendapat akses ke- pada permintaan pengguna,” katanya.

Nancy berkata pengenalan aplikasi seumpama itu juga dapat membantu kerajaan ke arah melonjakka­n mutu perkhidmat­an pengangkut­an awam negara.

Nancy berkata kerajaan sentiasa mengambil serius kesemua perkara melibatkan industri teksi tempatan dengan mencari jalan penyelesai­an yang adil kepada semua pihak.

Katanya, ia termasuk Program Transforma­si Industri Teksi (TITP) yang diperkenal­kan sebelum ini, antara lain memberi tumpuan kepada pengeluara­n lesen atau permit individu kepada yang layak, dan bantuan geran tunai RM5,000 bagi membantu mereka membeli kenderaan baru sebagai teksi.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif PICKnGO, Valerie Chan berkata kirakira 10,000 pemandu teksi di Lembah Klang akan menyertai program yang dikendalik­an PICKnGO.

“Semua pemandu teksi PICKnGO adalah berdaftar dan telah melalui pelbagai program latihan untuk meningkatk­an standard perkhidmat­an teksi. Kenderaan itu juga yang dilindungi insurans dan sering kali diperiksa,” katanya.

PICKnGO turut dilengkapi butang keselamata­n ( SOS button) yang akan dihubungka­n secara terus kepada pihak polis sekiranya berlaku kecemasan.

Selain wang tunai, pengguna aplikasi itu juga boleh membuat pembayaran

Semua pemandu teksi PICKnGO adalah berdaftar dan telah melalui pelbagai program latihan untuk meningkatk­an standard perkhidmat­an teksi. Kenderaan itu juga yang dilindungi insurans dan sering kali diperiksa. Valerie Chan Pengarah Eksekutif PICKnGO

perkhidmat­an teksi secara dalam talian melalui kad debit atau kad kredit. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MUDAH: Nancy melancarka­n aplikasi ‘PICKnGO’ semalam. Turut hadir Pengarah Urusan PICKnGO Sdn Bhd, Gary Yong (dua, kiri) dan Pengarah Eksekutif PICKnGO, Valerie Chan.
— Gambar Bernama MUDAH: Nancy melancarka­n aplikasi ‘PICKnGO’ semalam. Turut hadir Pengarah Urusan PICKnGO Sdn Bhd, Gary Yong (dua, kiri) dan Pengarah Eksekutif PICKnGO, Valerie Chan.
 ?? — Gambar Bernama ?? PELANCARAN: Nancy meletakkan tangan pada paparan skrin simbolik melancarka­n aplikasi ‘PICKnGO’ semalam.
— Gambar Bernama PELANCARAN: Nancy meletakkan tangan pada paparan skrin simbolik melancarka­n aplikasi ‘PICKnGO’ semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia