Utusan Borneo (Sarawak)

Pembinaan Hospital Rembau amat ditunggu penduduk

-

REMBAU: Pembinaan Hospital Rembau dengan kapasiti 76 katil di tanah seluas 19.4 hektar di Chembong, Rembau, merupakan perkara yang amat ditunggu-tunggu oleh semua penduduk di daerah ini.

Sebelum ini mereka terpaksa menuju ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban dan Hospital Tampin yang masing-masing mengambil masa 20 dan 25 minit, bagi mendapatka­n rawatan atau memenuhi temu janji yang diberikan doktor.

Apabila siapnya Hospital Rembau itu kelak yang setakat ini sedang rancak dibina, ia sekali gus menjadikan Negeri Sembilan sebagai negeri pertama yang mempunyai hospital di kesemua tujuh daerah iaitu Tampin, Rembau, Kuala Pilah, Jempol, Jelebu, Seremban dan Port Dickson.

Bekas Ketua Kampung Batu 17, Chembong, Ramli Rasip, 65, berkata pembinaan Hospital Rembau sememangny­a sudah lama ditunggu-tunggu oleh penduduk di sini.

“Penduduk Rembau mengalu- alukan pembinaan Hospital Rembau kerana ia mampu menampung keperluan rawatan dan perubatan pesakit di daerah ini,” katanya kepada Bernama di sini, semalam.

Ramli yang tinggal di Taman Sedia Raja di sini, berkata beliau yakin hospital berkenaan berupaya menyediaka­n perkhidmat­an kesihatan yang cekap dan terbaik kepada rakyat, setanding dengan hospital-hospital di daerah lain.

Pembinaan Hospital Rem- bau dengan kos RM108 juta dijangka siap sepenuhnya pada 29 Dis tahun ini dan akan dilengkapi kemudahan terkini seperti wad, wad bersalin, pusat rehabilita­si dan dewan bedah.

Pesara polis, Arshad Hasan, 68, daripada Taman Desa Chembong berkata, dengan wujudnya hospital berkenaan pesakit tidak perlu lagi berulang-alik untuk mendapatka­n perkhidmat­an kesihatan di Hospital Tampin atau HTJ Seremban, sekali gus dapat menjimatka­n masa dan wang.

“Pembinaan Hospital Rembau ini memang tepat pada masanya kerana sebelum ini, bandar ini cuma ada Klinik Kesihatan Rembau sahaja yang mana ia hanya mampu merawat kes- kes pesakit luar seperti demam, batuk dan sebagainya manakala bagi penyakit yang kritikal yang mungkin memerlukan pembedahan, perlu dirujuk ke hospital. Pembinaan hospital ini melegakan saya,” katanya.

Seorang penduduk di Kam- pung Pedas Hilir, Norhayati Zainal Abidin, 48, pula berkata pembinaan hospital baharu itu dilihat dapat meningkatk­an lagi tahap kualiti kehidupan dan kesejahter­aan rakyat daerah ini.

“Pembinaan Hospital Rembau adalah bukti keprihatin­an kerajaan terhadap rakyat terutama golongan berpendapa­tan rendah yang banyak mendapat rawatan di hospital kerajaan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan negeri Dr Zainudin Mohd Ali berkata setakat ini kemajuan pembinaan hospital berkenaan berada ditahap 68 peratus dan dijangka akan memulakan operasinya pada awal tahun hadapan.

“Ini sekali gus akan membolehka­n perkhidmat­an kesihatan dapat diberikan dalam skop yang luas seperti wad bersalin. Jadi tidak perlu lagi ke Seremban atau Tampin untuk bersalin lepas ini dan (hospital ini) disokong oleh wad kanak-kanak, wad lelaki dan wad perempuan.

Kita juga ada dewan bedah di sini yang jika ada pembedahan-pembedahan kecil, ia akan dapat dibuat di sini. Ini akan memudahkan pesakit di mana mereka tidak perlu lagi pergi ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban tetapi hanya perlu datang ke sini,” katanya.

Dr Zainudin berkata hospital berkenaan juga turut menyediaka­n lawatan khidmat pakar yang akan mengadakan lawatan seminggu sekali atau dua kali dalam seminggu dan ia mampu menampung 10,000 ke 20,000 pesakit luar dalam tempoh sebulan.

Pembinaan Hospital Rembau merupakan satu daripada 45 manifesto Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ( PRU13) yang bertujuan untuk menampung keperluan dan kapasiti hospital lain seperti HTJ Seremban yang sentiasa sibuk dan padat.

Ia juga berada dalam lokasi strategik bagi penduduk di Daerah Rembau mendapatka­n rawatan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DITUNGGU-TUNGGU: Projek pembinaan Hospital Rembau di Chembong yang sedang dalam pembinaan dekat Rembau.
— Gambar Bernama DITUNGGU-TUNGGU: Projek pembinaan Hospital Rembau di Chembong yang sedang dalam pembinaan dekat Rembau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia