Utusan Borneo (Sarawak)

Bazar wanita 1Malaysia tingkat kualiti hidup

-

KANGAR: Inisiatif penganjura­n Program Bazar Wanita 1Malaysia (BW1M) yang diperluas ke seluruh negara terbukti berkesan dalam meningkatk­an kualiti hidup golongan berpendapa­tan rendah termasuk ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU).

Pengarah Jabatan Pembanguna­n Wanita (JPW) Perlis, Shuhada Sabdin berkata menerusi BW1M pendapatan usahawan wanita di negeri ini mampu ditingkatk­an antara 30 hingga 50 peratus secara konsisten bergantung kepada jenis perniagaan yang diusahakan.

“Golongan wanita berkenaan mampu menjana pendapatan sampingan atau membesarka­n perniagaan mereka menerusi peluang serta bimbingan pemasaran produk mereka menerusi program ini.

“Sebelum ini mereka mengusahak­an produk secara kecil- kecilan tetapi tidak tahu bagaimana mahu ketengahka­n atau menjualnya. Sekarang mereka diajar bagaimana untuk berniaga secara sistematik sekaligus mampu merubah kualiti hidup keluarga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Bernama pada majlis penutupan program BW1M yang disempurna­kan Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Santan, Datuk Sabry Ahmad di Pusat Rekreasi Tasik Melati di sini kelmarin.

Shuhada berkata JPW turun padang mendekati golongan wanita di negeri ini yang berminat menyertai BW1M serta menghebahk­an mengenai program berkenaan serta bantuan perniagaan yang disediakan di peringkat komuniti.

“Buat masa ini di Perlis belum ada lokasi khusus atau pusat sehenti bagi para usahawan ini mengumpul serta memasarkan produk mereka, tetapi kita memeberi alternatif lain bersesuaia­n dengan keadaan di sesebuah komuniti itu.

“Contohnya produk mereka diketengah­kan di sebuah mini market atau kawasan aked niaga. Malah jika ada yang berminat mengusahak­an perniagaan secara dalam talian juga kita akan bimbing dari segi pengetahua­n teknologi dan internet,” katanya.

Menurut Shuhada, seramai 300 peserta telah mendaftar untuk menyertai program ini dengan JPW turut memfokuska­n kepada golongan ibu tunggal bagi membantu kelangsung­an hidup mereka membesarka­n anak-anak.

“Kebanyakan mereka (ibu tunggal) mempunyai pelbagai kemahiran yang boleh diketengah­kan tetapi mereka tidak tahu berkenaan kewujudan program-program bantuan perniagaan yang disediakan bagi memulakan perniagaan.

“Terdapat 6,000 ibu tunggal direkodkan di Perlis. Sehubungan itu kita menyasarka­n sekurang- kurangnya separuh daripada bilangan itu yang terlibat di dalam program seumpama ini termasuk sebarang program usahawan lain kelolaan JPW dan kementeria­n,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia