Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan bantu belia pertanian miliki kediaman

-

KUALA LUMPUR: Golongan belia luar bandar yang telah berkahwin kini berpeluang untuk memiliki rumah sendiri menerusi skim Rumah Bina Negara ( RBN) yang diperkenal­kan Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) melalui agensi yang dipertangu­ngjawabkan iaitu Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).

RISDA dalam kenyataan semalam berkata melalui skim itu, belia yang tidak mempunyai slip gaji dan bekerja sendiri dalam sektor pertanian seperti perladanga­n, perniagaan atau aktiviti agro pertanian layak untuk memohon pembiayaan pinjaman RBN.

“Pembinaan RBN memberi peluang kepada belia luar bandar yang secara umumnya daripada komuniti pertanian dan tidak mempunyai rumah terutamany­a mereka yang sudah berkahwin.

“Mereka yang layak akan dibiayai oleh Agrobank menerusi pembiayaan­yangbakald­ilancarkan nanti,” kata kenyataan itu.

Sebelum ini, KKLW dan Risda telah mengadakan Memorandum Persefaham­an (MoU) dengan Agrobank bagi memudahkan permohonan pembiayaan pinjaman RBN melalui produk pembiayaan khas yang akan dilancarka­n bulan ini.

Menurut kenyataan itu, kelulusan pembiayaan adalah mengikut prosedur sedia ada permohonan RBN yang antaranya memerlukan pemohon yang tidak mempunyai slip gaji, mempunyai bukti kukuh sumber pendapatan yang disahkan oleh pemimpin tempatan untuk aktiviti pertanian yang diusahakan.

“Permohonan ini akan di- nilai secara menyeluruh serta tertakluk kepada kelulusan pembiayaan pihak Agrobank berdasarka­n maklumat yang disertakan.

“Setakat ini, Risda menerima 2,089 permohonan, 849 dalam proses kelulusan dan menerima 213 permohonan tanpa slip gaji,” kata kenyataan itu.

Pada pembentang­an Bajet 2017 tahun lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumka­n peruntukan sejumlah RM100 juta bagi projek RBN untuk dibina di atas tanah pemohon dengan spesifikas­i tiga bilik tidur dan dua bilik air yang berkeluasa­n 700 kaki persegi.

Melalui insentif itu, RBN hanya dijual pada harga RM45,000 berbanding harga asal RM65,000 seunit di Semenanjun­g Malaysia dan RM85,000 di Sabah dan Sarawak. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia