Utusan Borneo (Sarawak)

Wenger enggan bermula dengan langkah kiri Kejayaan memenangi Piala Perisai diharap jadi pemangkin untuk memulakan musim dengan baik

-

LONDON: Pengurus Arsenal Arsene Wenger percaya kekuatan persaingan dalam Liga Perdana Inggeris bermakna pasukannya tidak mampu melakukan permulaan yang salah jika mereka mahu merebut kejuaraan.

Arsenal tewas dalam tiga daripada empat perlawanan pembukaan terakhir mereka, dengan kekalahan 4-3 pada musim lepas di stadium sendiri kepada Liverpool yang menyediaka­n nada bagi kempen di mana mereka gagal layak ke Liga JuaraJuara buat pertama kali sejak 1997.

Anak buah Wenger melancarka­n kempen baharu di stadium sendiri menentang Leicester City pada Jumaat ini dan dia menggesa pemainnya untuk menggunaka­n momentum dari pramusim memberangs­angkan yang memuncak dengan kemenangan ke atas Chelsea dalam perlawanan ‘Community Shield’ kelmarin.

“Kami mahu mencari imbangan yang baik antara keyakinan yang kami dapat perolehi dari perlawanan ini dengan kesegeraan yang dituntut oleh setiap perlawanan Liga Perdana,” katanya kepada pemberita di Wembley.

“Kami membuat beberapa permulaan yang buruk sejak empat tahun dalam perlawanan pertama Liga Perdana.

“Namun kami mempunyai kesungguha­n dalam perlawanan persiapan kami yang diperlukan untuk bersedia, jadi marilah kita memulakan Liga Perdana dengan disiplin yang sama, semangat yang sama, dan melihat ke mana kita dapat pergi.

“Jika anda melihat Liga Perdana, kita ada tujuh, lapan pasukan yang akan berkata, ‘Kami dapat memenangi Liga Perdana’. Itu menjadikan­nya sangat menarik.”

Arsenal menewaskan Chelsea 4-1 menerusi penentuan tendangan penalti untuk memenangi perlawanan ‘Community Shield’ buat kali ketiga dalam tempoh empat tahun selepas perlawanan berakhir 1-1.

Arsenal bermain tanpa Alexis Sanchez, Mesut Ozil dan Aaron Ramsey; Sanchez masih belum cergas selepas Pemain Arsenal meraikan kejayaan memenangi Piala Perisai setelah menundukka­n Chelsea 4-1 melalui penentuan tendangan penalti di Stadium Wembley, London. bermain dalam Piala Konfederas­i manakala Ozil d a n Ramsey masih belum pulih daripada kecederaan ringan. Wenger berkata Ozil ada “peluang tipis” untuk bermain menentang Leicester setelah buku lali terkena sepakan dalam latihan manakala Ramsey berada dalam kedudukan yang sama sementara dia berusaha untuk mengatasi “masalah betis kecil”. Wenger juga berkata “tiada yang buruk” mengenai kecederaan yang dialami kapten kelab Per Mertesacke­r, yang terpaksa dikeluarka­n setelah wajahnya tanpa sengaja disiku oleh Gary Cahill. Pengganti Mertesacke­r, pemain pertahanan baharu dari Bosnia, Sead Kolasinac, mengagumka­n penyokong Arsenal dengan beberapa asakan yang keras sebelum mengikat gol pembukaan Victor Moses dengan tandukan penyamaan pada minit ke-81.

Alexandre Lacazette, yang dibeli oleh Arsenal dengan rekod kelab 46.5 juta pound (RM255.8 juta) dari Lyon, membuat penampilan sulung yang tidak begitu menonjol, tetapi Wenger berpuas hati dengan permainann­ya.

“Lacazette semakin kuat setiap minggu,” kata Wenger mengenai pemain antarabang­sa Perancis itu, yang melakukan cubaan yang terkena tiang gol pada pertengaha­n babak pertama.

“Hari ini adalah kali pertama anda melihat bahawa dia bersedia dari segi fizikal. Dia masih perlu menyesuaik­an diri dengan kesungguha­n perlawanan.”

Pengurus Chelsea Antonio Conte kelihatan kecewa dan berkata dia ‘ sedikit marah’ dengan pengadil Bobby Madley.

Madley mendenda Willian kerana sengaja menjatuhka­n diri dan terus melayangka­n kad merah kepada Pedro bagi satu kekasaran yang buruk ke atas Mohamed Elneny sejurus sebelum gol penyamaan Kolasinac.

Conte mempertaha­nkan keputusann­ya untuk membenarka­n Thibaut Courtois mengambil tendangan penalti selepas penjaga gol Belgium itu melakukan rembatan ke atas palang gol.

Pemain baharu Morata juga gagal melakukan tendangan penalti apabila dia melakukan rembatan yang tersasar dari tiang tangan kiri untuk melengkapk­an penampilan kameo yang tidak baik dan membolehka­n Olivier Giroud untuk menjaringk­an tendangan penalti kemenangan. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? TERBAIK: Cech menjulang trofi Piala Perisai setelah menang ke atas Chelsea pada perlawanan tersebut. PERTAHAN KEJUARAAN:
— Gambar Reuters TERBAIK: Cech menjulang trofi Piala Perisai setelah menang ke atas Chelsea pada perlawanan tersebut. PERTAHAN KEJUARAAN:
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia