Utusan Borneo (Sarawak)

Real sedia beraksi tanpa Ronaldo

-

SKOPJE: Cristiano Ronaldo akhirnya berlatih semula bersama Real Madrid tetapi juara Eropah itu dijangka bermain tanpa superstar Portugal tersebut dalam perlawanan Piala Super UEFA pada malam ini (Selasa) menentang Manchester United (MU) di Skopje.

Musim panas Ronaldo dibayangi tuduhan mengelak daripada membayar cukai di Sepanyol, yang menyebabka­nnya didakwa di mahkamah dekat Madrid pada minggu lepas, manakala dia dibenarkan melanjutka­n cuti musim panas oleh kelabnya setelah bermain untuk Portugal di Piala Konfederas­i.

Dia hanya berlatih semula pada hujung minggu lepas, yang bermakna ia pasti satu kejutan besar jika jurulatih Zinedine Zidane menurunkan pemain berusia 32 tahun itu untuk menentang kelab lamanya dalam perlawanan di Arena Philip II di ibu negara Macedonia.

“Dia perlu berehat. Dia telah mengadakan percutian dan itu adalah penting,” kata Zidane mengenai lelaki yang menj a r i n g k a n dua gol u n t u k memberikan kemenangan 4-1 kepada Madrid ke atas Juventus dalam perlawanan akhir Liga Juara- Juara di Cardiff dua bulan lalu.

Kemenangan itu menyaksika­n Real menjadi kelab pertama mempertaha­nkan piala dalam era Liga JuaraJuara dan melengkapk­an kempen yang gemilang di mana mereka turut memenangi La Liga.

Musim bermula dengan kemenangan 3-2 dalam masa tambahan ke atas Sevilla dalam Piala Super di ibu negara Norway, Trondheim.

“Real Madrid adalah sebuah pasukan, sebuah kelab, sebuah institusi yang kelaparan. Semua kami tahu di mana kedudukan kami dan apabila kita menamatkan musim seperti pada tahun lepas dengan kemenangan, ia membantu kita untuk cuba melakukan perkara yang sama pada awal musim baharu,” kata Zidane – yang membawa pasukannya ke Barcelona pada hujung minggu lepas dalam Piala Super Sepanyol – dalam satu temu ramah UEFA. Bagaimanap­un p a s u k a n n y a gagal men

catatkan kemenangan dalam jelajah pramusim di Amerika Syarikat yang turut merangkumi perlawanan persahabat­an berprofil tinggi dengan MU bimbingan Jose Mourinho di Santa Clara, California.

Perlawanan Piala JuaraJuara Antarabang­sa itu berakhir dengan keputusan seri 1- 1 sebelum MU menang menerusi penentuan tendangan penalti.

Sementara pasukan Sepanyol itu membuat dua pembelian yang agak tidak menonjol pada musim panas iaitu Dani Ceballos dari Betis dan Theo Hernandez dari Atletico Madrid, MU pula berbelanja besar menjelang kepulangan mereka ke Liga Juara-Juara.

Juara Liga Europa itu telah menambah pemain pertahanan Victor Lindelof dari Benfica, pemain tengah Nemanja Matic dari Chelsea dan penyerang Everton Romelu Lukaku dan menamatkan persiapan mereka dengan kemenangan 2- 1 ke atas Sampdoria di Dublin.

Perlawanan ini menawarkan peluang kepada MU untuk memulakan kempen baharu dengan yakin sebelum perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris menentang West Ham United pada Ahad ini. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? GOL BERMAKNA: Pemain Lille meraikan gol yang dijaringka­n Anwar El-Ghazi (tengah) pada aksi perlawanan Ligue 1 di antara Lille dan Nantes di Stadium Pierre Mauroy, Perancis.
— Gambar AFP GOL BERMAKNA: Pemain Lille meraikan gol yang dijaringka­n Anwar El-Ghazi (tengah) pada aksi perlawanan Ligue 1 di antara Lille dan Nantes di Stadium Pierre Mauroy, Perancis.
 ??  ?? RONALDO
RONALDO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia